Oleh pada 21 Dec 2019 kategori

Seperti mana yang diketahui umum, sumpah adalah perucapan pembelaan atau yang digunakan untuk menekankan kebenaran sesuatu kenyataan.

Ia biasanya dilakukan apabila berlakunya pendapat yang berlawanan dan kedua-dua pihak mempunyai perbezaan pendapat yang boleh mencetuskan persengketaan.

Sumpah untuk melaknat antara sesama manusia sememangnya wujud dalam sejarah Islam yang mana merupakan satu usaha untuk membuktikan ucapan seseorang itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun persoalannya adalah adakah ini dibolehkan dalam Islam dan jika ya, bagaimana ia dilakukan?

Definisi sumpah laknat

definisi sumpah dalam islam

Apa yang dimaksudkan dengan sumpah laknat adalah ucapan sumpan yang dikeluarkan oleh dua pihak atau lebih bagi melaknat pihak yang satu lagi yang melakukan pembohongan.

Ia merupakan sejenis doa yang diminta kepada Allah S.W.T bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang bercakap bohong dalam menentukan sesuatu hal.

Doa yang diminta bertujuan untuk memohon agar Allah S.W.T melaknat pihak yang bercakap dusta atau menjatuhkan azab kepadanya.

Dalam Islam, sumpah ini dikenali sebagai muhabalah dan sering kali menjadi sesuatu yang sudah terbiasa dalam masyarakat kita.

Sejarah sumpah laknat

penjelasan sumpah laknat dalam islam

Sejak zaman para rasul dan Rasulullah S.A.W sendiri pernah melakukan sumpah laknat atau muhabalah ini ke atas wakil Najran bagi membuktikan kebenaran.

Akan tetapi, wakil nasrani ini takut untuk melakukan sumpah disebabkan mereka tahu mereka berbohong dan ini membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W berada di pihak yang benar.

Menurut salah seorang daripada wakil tersebut iaitu Hudzaifah R.A., beliau berkata: "Janganlah berbuat demikian kerana demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”. 

Ini membuktikan bahawa sumpah untuk menurunkan laknat dibenarkan dalam Islam seperti yang dilakukan baginda. Namun, ia mestilah dilakukan mengikut tatacara dan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Dasar hukum sumpah laknat

Berkenaan sumpah dalam Islam terutamanya muhabalah seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, ayat dibawah diturunkan disebabkan oleh kelahiran Nabi Isa A.S diragukan. Seperti dalam firman Allah S.W.T:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُالْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْمُمْتَرِينَفَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَإِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ ۚ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. (Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana," (Qs Ali Imran : 59-61)

Syarat dan tatatertib melakukan muhabalah

syarat sumpah laknat

Jika berlaku situasi yang mana tiada jalan penyelesaian, muhabalah atau sumpah laknat boleh dilakukan, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Jika tiada cara lain untuk menyelesaikan perbalahan atau dengan kata lain, ia merupakan pilihan terakhir untuk membuktikan kebenaran serta menyelesaikan perbalahan.
  2. Seperti yang disebutkan dalam dalil di atas, pihak yang bakal melakukan muhabalah perlu membawa keluarga serta kerabatnya. Mereka yang hadir ketika muhabalah dilakukan akan menjadi saksi jika laknat yang ditimpakan berlaku kepada pihak yang berbohong di kemudian hari.
  3. Pihak yang menuduh dan juga yang dituduh perlulah melakukan muhabalah secara berhadapan dan nama Allah S.W.T digunakan dalam melakukan ucapan sumpah laknat. Sebagai contoh, pihak yang dituduh mengatakan: "Demi Allah, apa yang dituduh ke atasku adalah tidak benar dan jika pihak yang menuduh membuat tuduhan palsu, maka timpakanllah laknat kepadanya,". Manakala, pihak yang menuduh pula boleh melafazkan sumpah: "Demi Allah, tertuduh telah melakukan suatu perbuatan dan ia mengelaknya dengan berbohong, maka jatuhkanlah laknat kepadanya dan keluarganya jika dia benar-benar berbohong,". Selain daripada memenuhi syarat-syarat ini dengan mengatakan muhabalah, selalulah menyebut nama Allah dan tidak dibenarkan untuk bersumpah dengan apa pun selain nama Tuhan, seperti mana yang disebutkan dalam hadis:

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa di antara kamu sekalian bersumpah lalu mengatakan dalam sumpahnya “demi Laata”, maka hendaklah dia segera mengucapkan `laa ilaaha illallah`. Dan barang siapa mengatakan kepada temannya: Marilah kita bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah (sebagai kafaratnya). - Shahih Muslim No.3107

Kesimpulan

Walaupun sumpah laknat dibenarkan dalam Islam sebagai penyelesaian kepada sesuatu perbalahan atau pertikaian, namun adalah lebih baik jika umat Islam berkata benar dan jujur, daripada dia dan keluarganya dilaknat oleh Allah S.W.T.

Rujukan:

1. Tagar

2. Dalam Islam

3. Muhabala




Hakcipta iluminasi.com (2017)