Seperti yang kita tahu, kawasan lautan di antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda yang dikenali sebagai Segitiga Bermuda adalah salah satu sumber misteri paling terkenal di dunia. 

Selama berabad-abad, laporan mengenai kapal-kapal dan pesawat-pesawat yang hilang tanpa jejak telah mencetuskan kesedaran awam, membuatkan zon itu diberikan nama julukan "The Devil's Triangle" atau "Segitiga Syaitan."

BESARKAN TEKS     A-  A+

Punca-punca yang dikatakan mencetuskan misteri kehilangan ini bermula daripada fenomena alam semula jadi yang aneh hinggalah kepada wujudnya pangkalan makhluk asing di bawah air.

Namun, ada satu soalan yang lebih mendalam perlu ditanya: Adakah jumlah pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda adalah lebih banyak daripada mana-mana kawasan yang mempunyai trafik yang sama?

Jawapannya sudah tentu tidak. 

Pada tahun 1975, wartawan Larry Kusche menerbitkan buku "The Bermuda Triangle Mystery - Solved." Di dalamnya, dia meneliti semula banyak insiden Segitiga Bermuda dari tahun 1840 hingga 1973, termasuk dalam penerbitan oleh penulis lain.

Beliau juga menyemak buku yang ditulis oleh Charles Berlitz, bertajuk "The Bermuda Triangle" pada tahun 1974. Ini adalah buku pertama yang menunjukkan bahawa sesuatu yang pelik berlaku di kawasan itu.

mitos misteri segitiga bermuda

Larry mendapati bahawa kebanyakan cerita penulis hanya diulang dari penerbitan lain tanpa melakukan pemeriksaan ke atas fakta-fakta yang dikemukakan. Dan dalam hal ini, Charles Berlitz mungkin merupakan pesalah yang melakukan kesalahan paling besar.

Jadi apa yang ditemukan oleh Larry Kusche?

Dalam sesetengah kes, tiada langsung rekod mengenai kapal yang dikatakan hilang di Segitiga Bermuda itu wujud.

Dalam kes-kes yang lain, kapal-kapal dan pesawat benar-benar wujud tetapi "kehilangan misteri" tersebut berlaku semasa ribut dahsyat, fenomena alam yang mana biasanya tidak dinyatakan oleh penulis.

Ini tidak bermakna tiada kehilangan di Segitiga Bermuda, tetapi penting untuk diingati bahawa zon itu adalah laluan yang popular untuk kedua-dua pengangkutan penting iaitu kapal dan pesawat.

Jadi, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk berlakunya kes kapal tenggelam atau pesawat jatuh di kawasan ini berbanding kawasan yang kurang trafiknya. 

Sekiranya Segitiga Bermuda benar-benar adalah zon bahaya seperti yang dikatakan, perkara ini disangkal oleh bukti yang ada.

Terdapat pelbagai sebab dan alasan yang rasional mengapa kapal laut dan pesawat hilang di kawasan-kawasan tertentu di lautan. Teori yang paling mungkin melibatkan geografi dan sudah tentu bukannya makhluk.

misteri segitiga bermuda yang didakwa menelan kapal dan pesawat 739

Satu penjelasan menjelaskan fakta bahawa dasar laut di kawasan itu agak kaya dengan metana, yang boleh membentuk campuran gas-ais-sedimen di bawah tekanan tinggi.

Sekiranya tanah runtuh di bawah air berlaku, campuran berbahaya ini boleh meletup keluar dari dasar laut lalu memasuki atmosfera.

Hal ini boleh memabukkan juruterbang atau mengubah ketumpatan udara sekeliling dan mengganggu pemanduan pesawat.

Letupan-letupan ini telah diketahui mampu merosakkan pelantar minyak luar pesisir, yang bermaksud ia boleh memainkan peranan dalam beberapa kes kehilangan "misteri" yang dilaporkan.

Tidak mungkin para saintis dapat beritahu dengan pasti sehingga lantai laut dipetakan dengan lebih terperinci. Pemetaan lantai lautan terbaru dibuat pada tahun 2014.

Meskipun hakikat bahawa ia menggunakan pengukuran maju dalam medan graviti bumi, namun ia masih hanya mempunyai resolusi 5 kilometer, jauh lebih rendah daripada yang anda perlukan untuk menentukan lokasi ciri geografi penting atau bangkai kapal.

Rujukan:

1. Earth Observatory

2. Times Live

3. Livescience




Hakcipta iluminasi.com (2017)