Oleh pada 23 Jun 2019 kategori

Di India, penggunaan bahasa Sanskrit adalah jelas iaitu merupakan satu isyarat nasionalisme kebudayaan oleh Parti Bharatiya Janata yang memerintah. Sanskrit adalah bahasa liturgi Hindu dan dianggap begitu suci sehinggakan kasta yang lebih rendah iaitu lebih daripada 75% Hindu moden tidak dibenarkan untuk mendengarnya disebut atau dibacakan.

adakah bahasa sanskrit berasal dari india

Meraikan bahasa Sanskrit tidak begitu membantu dalam menambahkan kemahiran linguistik India namun India masih mahukan semua rakyatnya untuk mempelajari bahasa ibunda moden mereka.

Dan hal ini membantu Parti Bharatiya Janata dalam menekan jenama hyper-nasionalisme mereka sendiri terhadap orang ramai.

Malangnya, hakikat sebenar selalunya lebih rumit berbanding mitos nasionalis yang wujud di India.

Walaupun Sanskrit dianggap sebagai penanda kepada nasionalisme Hindu bagi Parti Bharatiya Janata, mungkin ramai yang akan terkejut untuk mengetahui bahawa orang pertama yang meninggalkan bukti bahawa mereka menggunakan bahasa Sanskrit bukanlah orang Hindu atau India, tetapi orang Syria. 

Penggunaan Sanskrit oleh orang Syria

sejarah asal usul bahasa sanskrit dari syria

Bentuk Sanskrit yang terawal adalah yang digunakan dalam Rig Veda iaitu sebuah koleksi puji-pujian Vedic Sanskrit bersama dengan ulasan yang berkaitan liturgi, upacara dan tafsiran mistik.

Apa yang menariknya adalah Sanskrit Rig Veda mula-mula direkodkan dalam inskripsi yang bukan ditemui di dataran India tetapi di tempat yang kini dikenali sebagai utara Syria. 

Antara tahun 1500 dan 1350 SM, dinasti yang dikenali sebagai Mitanni memerintah lembah Euphrates-Tigris atas, kawasan yang mana dikenali sebagai negara Syria, Iraq, dan Turki pada hari ini.

Orang Mitanni bercakap dalam bahasa Hurrian, yang tidak berkaitan dengan bahasa Sanskrit.

Walau bagaimanapun, setiap raja Mitanni mempunyai nama Sanskrit termasuk ramai golongan elit tempatan.

Nama-nama seperti Purusa (bermaksud "lelaki"), Tusratta ("mempunyai kereta kuda penyerang"), Suvardata ("diberikan oleh langit"), Indrota ("dibantu oleh Indra") dan Subandhu masih wujud sehingga hari ini di India.

tulisan sanksrit 618

Manual latihan kuda orang Mitanni yang didakwa sebagai dokumen tertua di dunia dalam kategorinya, menggunakan sejumlah kata Sanskrit termasuklah aika (satu), tera (tiga), satta (tujuh) dan asua (ashva, yang bermaksud "kuda").

Selain itu, bangsawan ketenteraan Mitanni terdiri daripada pahlawan kereta kuda yang disebut "maryanna", dari kata Sanskrit "marya", yang bermaksud "pemuda".

Orang Mitanni menyembah tuhan-tuhan yang sama seperti yang ada di Rig Veda, tetapi juga mempunyai tuhan tempatan sendiri.

Mereka menandatangani perjanjian dengan raja lawan pada 1380 SM yang menamakan Indra, Varuna, Mitra dan Nasatyas (Ashvins) sebagai saksi ilahi untuk Mitannis.

Walaupun Hindu moden kebanyakannya berhenti menyembah dewa-dewa ini, dewa-dewa Mitanni ini juga merupakan dewa-dewa terpenting dalam Rig Veda.

Dan ini merupakan satu fakta yang sangat menarik.

Seperti yang disebutkan oleh David Anthony dalam bukunya "The Horse, the Wheel, and Language", ini bermakna bahawa bukan sahaja bahasa Sanskrit Rig Veda mendahului susunan Rig Veda di barat laut India, tetapi juga "pantheon (kuil Rom) agama utama dan kepercayaan moral yang termaktub dalam Rig Veda wujud pada waktu yang sama".

Bagaimana bahasa Sanskrit sampai ke Syria sebelum India?

perkembangan sanskrit di india

Keluarga bahasa pengasas yang mana merupakan asal Sanskrit disebut sebagai Proto-Indo-Eropah.

"Anaknya" adalah bahasa yang dipanggil Proto-Indo-Iran, kerana ia berasal dari bahasa-bahasa India Utara dan Iran.

Ensiklopedia Kebudayaan Indo-Eropah yang disunting oleh JP Mallory dan DQ Adams mencatatkan bahawa pengguna bahasa Proto-Indo-Iran yang paling awal muncul di selatan Urals dan Kazakhstan.

Orang-orang dari kawasan padang rumput ini mewakili apa yang disebut sebagai budaya Andronovo, yang mula-mula muncul sebelum tahun 2000 SM.

Dari tanah air Asia Tengah, berlaku pemecahan sekumpulan orang yang kini berhenti menggunakan bahasa Proto-Indo-Iran dan bercakap dalam bentuk-bentuk Sanskrit terawal.

Sebahagian daripada orang-orang ini bergerak ke arah barat ke arah Syria moden dan beberapa ke arah timur, wilayah yang kini dikenali sebagai Punjab di India.

pergerakan sanskrit

David Anthony menulis bahawa orang-orang yang berpindah ke barat kemungkinan bekerja sebagai pasukan berkuda upahan oleh raja-raja Hurrian di Syria.

Pasukan berkuda ini bercakap bahasa yang sama dan membaca puji-pujian yang sama yang mana kemudiannya dimasukkan ke dalam Rig Veda oleh rakan-rakan mereka yang telah meneroka timur.

Pengguna bahasa Sanskrit Rig Veda ini merampas takhta majikan mereka dan mendirikan kerajaan Mitanni.

Walaupun mereka memperoleh sebuah kerajaan, Mitanni dengan pantasnya kehilangan budaya mereka dan mengamalkan bahasa dan agama Hurrian tempatan.

Walau bagaimanapun, nama diraja, beberapa perkataan teknikal yang berkaitan dengan kereta kuda dan tuhan-tuhan Indra, Varuna, Mitra dan Nasatyas dikekalkan.

Kumpulan yang pergi ke timur dan kemudian menyusun Rig Veda mempunyai nasib yang lebih baik dalam memelihara budaya mereka.

Bahasa dan agama yang dibawa mereka ke anak benua tersebut menjadi akar kepada apa yang diamalkan pada hari ini.

Ia meresap terlalu kuat sehinggakan 3,500 tahun kemudian, orang India Moden masih meraikan bahasa nomad pastoral kuno ini sehingga ke Bangkok.

Begitu banyak sehingga 3,500 tahun kemudian, kaum India moden akan merayakan bahasa nomad pastoral kuno ini sepanjang jalan di bandar Bangkok.

Sejarah Sanksrit Hindutva yang kaya

nasionalisma india hindutva

Malangnya, walaupun bahasa, agama dan budaya mereka diraikan, sejarah orang-orang Indo-Eropah yang membawa Sanskrit ke benua kecil itu cuba dihapuskan oleh nasionalisme kebudayaan.

Mitos nasional yang popular di India dengan pantas menggambarkan bahasa Sanskrit sebagai bahasa asli India.

Ini amat kritikal memandangkan ideologi Hindutva (bentuk nasionalisme Hindu di India) yang dominan menganggap keaslian geografi sebagai satu prasyarat untuk kewarganegaraan.

Jika bahasa Sanskrit iaitu bahasa liturgi Hindu mempunyai sejarah sebelum ketibaannya di India, ia benar-benar memberikan satu tamparan dahsyat kepada Hindutva.

Rujukan:

1. India Bukan Lokasi Pertama Sanskrit

2. Sanskrit Pertama Kali Dituturkan Di Syria

3. Kenapa Sanskrit Sangat Kontroversi?



Hakcipta iluminasi.com (2017)