Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Mstar

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang melanda perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun.

Menurut Hazaruddin, Hafiz sewajarnya mempercepatkan tindakan selepas meragui status perkahwinannya dan tidak perlu mengambil masa sehingga lebih tiga bulan.

Beliau mempertikaikan mengapa penyanyi itu bertindak hanya selepas wujudnya pertikaian.

Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak. Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah. Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak.
Sumber: Mstar

Hazaruddin turut menganggap Hafiz tidak bersifat adil kerana meninggalkan isterinya dalam tempoh yang agak lama.

Beliau melahirkan kebimbangan dengan tindakan penyanyi itu yang melambatkan faraq kerana dikhuatiri akan menjadi budaya di kalangan masyarakat memandangkan Hafiz sendiri adalah seorang yang ternama.

Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang perkara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah.
Sumber: Mstar  



Hakcipta iluminasi.com (2017)