hidup lebih 100 tahun

Dari segi jangka hayat, diet atau pemakanan tidak begitu memberikan kesan. Tiada diet dalam sejarah yang mampu memberi kesan kepada lebih daripada 2% populasi dunia.

Jadi bagaimana untuk hidup lebih lama? Sudah tentu usia kita sudah ditentukan, namun ada beberapa perkara yang boleh membuatkan kita hidup dengan lebih baik menurut sains.

Satu kajian ke atas kembar iaitu "Danish Twin Study", menyatakan bahawa hanya 10% daripada jangka hayat ditentukan oleh genetik. 90% lagi ditentukan oleh gaya hidup kita.

Tetapi jika kita bertanyakan kepada kebanyakan orang apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup yang betul, mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon.

Terdapat banyak kekeliruan tentang apa yang membantu kita hidup dengan lebih baik dan baik.

Satu kajian telah dijalankan dengan menggabungkan maklumat daripada National Geographic dan National Institute for the Study of Aging telah dibuat untuk menentukan 4 kawasan dengan penduduk hidup paling lama di dunia.

manusia paling tua di malaysia

Kajian ini dilakukan dengan melawat kawasan ini untuk menganalisa apa yang dilakukan oleh penduduk dengan umur yang panjang di sini.

Kawasan pertama adalah Sardinia, sebuah pulau di Itali. Di wilayah Nuoro, jumlah penduduk yang berusia lebih daripada 100 tahun adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kawasan lain di dunia.

Bukan sahaja mereka mencapai usia 100 tahun, tetapi juga masih mempunyai tenaga yang luar biasa. Kawasan mempunyai warga emas berusia 102 tahun tetapi masih ke tempat kerja dengan berbasikal, masih mampu memotong kayu dan setanding dengan penduduk berusia kurang 60 tahun.

Pemakanan utama mereka adalah berasaskan produk tumbuhan.

Mereka mencipta roti gandum tanpa ragi, 1 jenis keju dengan kandungan Omega 3 yang tinggi, 1 jenis wain yang mempunyai tahap tiga kali lebih tinggi daripada polifenol. Ia dipanggil Cannonau.

Tetapi rahsia sebenar adalah dari segi cara mereka menguruskan masyarakat mereka. Dan salah satu aspek yang paling penting terdapat pada masyarakat Sardinia adalah bagaimana mereka melayan orang tua.

Sardinia, Itali

kenapa orang sardinia hidup lebih lama

Di Sardinia, semakin tua seseorang itu, semakin banyak kesaksamaan yang anda dapatkan dan semakin anda dihargai disebabkan kebijaksanaan. 

Kawasan kedua adalah di selatan Tokyo iaitu di kepulauan Okinawa. Ia adalah tempat yang mempunyai jangka hayat yang paling tinggi terkecuali daripada penyakit yang melumpuhkan di seluruh dunia.

Apa yang istimewa dengan kawasan ini? Dari segi pemakanan, mereka makan makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tetapi apa yang paling penting adalah cara mereka makan.

penduduk lebih 100 tahun di sardinia

Mereka menggunapakai strategi mudah yang mengelakkan berlebihan yang mana merupakan satu masalah besar dalam masyarakat moden pada hari ini.

2 cara yang paling penting adalah mereka menggunakan pinggan yang lebih kecil membuatkan mereka boleh makan dalam jumlah yang sederhana dan mempunyai tabiat untuk berhenti makan apabila perut berasa 80% kenyang.

Ia mengambil masa kira-kira setengah jam untuk rasa kenyang pergi ke otak daripada perut. Kemudian anda masih merasa kenyang.

Okinawa, Jepun

penduduk di okinawa hidup lebih lama

Namun, seperti Sardina, Okinawa mempunyai beberapa struktur sosial yang dipercayai mempunyai kesan ke atas jangka hayat. Mungkin ramai yang tahu bahawa hidup secara terasing boleh membunuh.

15 tahun lalu, purata rakan karib yang dimiliki oleh rakyat Amerika Syarikat adalah 3 orang, dan kini jumlah itu berkurangan kepada 1.5 orang. 

Jika anda bernasib baik untuk lahir di Okinawa, anda akan membesar dalam sistem di mana anda secara automatik mempunyai lebih daripada 6 orang rakan baik yang mampu menemani anda sepanjang hayat.

Seventh-day Adventists

penduduk tua 100 tahun

Dan populasi dengan jangka hayat paling panjang di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada Seventh-day Adventists (Denominasi Protestan Kristian) di California.

Kebanyakan daripada mereka mempunyai tabiat makan dengan sedikit yang tidak menjurus kepada berlebihan dan mempunyai rangkaian sosial yang menakjubkan. Ini membuatkan mereka hidup lebih lama.

Tetapi apakah perkara yang biasanya dilakukan oleh ketiga-tiga budaya ini?

Yang pertama tak lain dan tak bukan adalah senaman fizikal. Malah, kesemua daripada mereka hidup dengan cara di mana mereka sentiasa melakukan aktiviti fizikal.

Mereka menaiki dan menuruni tangga. Setiap kali mereka perlu pergi ke kedai atau rumah rakan, mereka akan berjalan kaki. Jika mereka ingin makan kek, mereka harus memasakknya sendiri.

Kesemua ini adalah aktiviti fizikal yang mana membakar kalori sama seperti anda berlari di atas treadmill.

Dan apabila mereka berniat untuk melakukan aktiviti fizikal, mereka melakukan perkara yang mereka gemar serta melakukan bersama teman.

warga emas senaman

Yang kedua adalah setiap daripada budaya ini, mereka mendapatkan rehat yang cukup. Jika anda terburu-buru atau tertekan, ia akan menjana sesuatu yang dikenali sebagai respons keradangan yang dikaitkan dengan penyakit seperti Alzheimer sehinggalah kepada penyakit kardiovaskular.

Jika anda mengambil rehat 15 minit dalam sehari, anda boleh mengubah keadaan keradangan kepada anti-keradangan.

Dan yang ketiga adalah mereka mempunyai tujuan hidup. 2 bahagian hidup yang paling bahaya dalam kehidupan kita adalah ketika kelahiran dan juga tempoh selepas bersara.

Mereka ini tahu tujuan mereka dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

Tiada diet untuk panjang umur. Kesemua daripada mereka mempunyai diet berdasarkan produk tanaman tetapi ini tidak bermakna mereka tidak makan daging. Namun semuanya diambil dalam jumlah sederhana dan tidak berlebihan.

gaya hidup pengaruhi usia

Tetapi, di sebalik semua ini, perkara asas yang membuatkan mereka hidup lebih lama adalah hubungan mereka.

Mereka meletakkan keluarga di hadapan dan sebagai keutamaan, menjaga anak-anak dan ibu bapa yang semakin tua. Dan apa yang paling penting adalah mereka adalah sebahagian daripada daripada suku-kaum yang betul.

Mereka sangat bertuah kerana dilahirkan dalam kalangan orang-orang yang betul, atau mereka saling ada untuk satu sama lain.

Daripada kajian Framingham, kita mengetahui bahawa jika 3 rakan baik anda adalah obese, anda mempunyai kebarangkalian 50% untuk menjadi obese.

Sebaliknya, jika rakan-rakan anda melakukan aktiviti fizikal dan tahu cara makan dengan betul serta mempunyai tujuan hidup, kesemua ini boleh memberikan kesan yang besar dalam hidup anda.

Rujukan:

1. Personal Excellence

2. Chatelaine

3. Life


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)