Biasanya, kemasukan warga asing ke sesebuah negara akan melalui pemeriksaan sempadan yang dipantau oleh pihak imigresen kerajaan tempatan.

Dalam proses ini, anda perlu menyerahkan passport kepada pihak berkuasa menyemak butiran-butiran tertentu.

Namun, pernahkah anda mengembara dari sebuah negara ke negara lain dalam Kesatuan Eropah tetapi tidak perlu melalui pemeriksaan sempadan seperti memasuki negara lain?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kemudahan dalam mengembara ini adalah disebabkan oleh Perjanjian Schengen.

apa itu kawasan schengen 2

Perjanjian ini membolehkan rakyat daripada banyak negara melepasi sempadan antara negara-negara berbeza dalam "Kawasan Schengen."

Kawasan Schengen terdiri daripada 26 buah negara, kebanyakannya adalah negara anggota EU namun bukannya semua.

Sejarah Kawasan Schengen

apa itu kawasan schengen 731

Pada tahun 1985, lima negara Schengen yang pertama iaitu Perancis, Jerman, Belgium, Luxembourg dan Belanda menandatangani perjanjian ini di lokasi berhampiran Schengen di Luxembourg.

Negara-negara ini bekerjasama untuk menghapuskan pemeriksaan di sempadan bersama mereka. Kawasan Schengen telah ditubuhkan secara rasmi pada Mac 1995 dengan tujuh negara yang mengambil bahagian.

Sejak itu, lebih banyak negara menandatangani perjanjian itu dan memasuki kawasan ini. Pada tahun 1999, perjanjian ini telah dimasukkan ke dalam Undang-undang Kesatuan Eropah.

Apa beza Kawasan Schengen dan Kesatuan Eropah?

apa itu kawasan schengen 3

Kawasan Schengen dan EU adalah dua entiti yang berlainan.

Kesatuan Eropah berfungsi sebagai kesatuan ekonomi dan politik yang menentukan hubungan perdagangan, pertanian, dan pembangunan wilayah antara negara-negara peserta.

Sebaliknya, Kawasan Schengen membolehkan orang bergerak bebas antara negara-negara yang telah memasuki Perjanjian Schengen.

Kesatuan Eropah terdiri daripada 28 negara anggota, sementara Kawasan Schengen termasuk 26 daripadanya, dengan United Kingdom dan Ireland memilih untuk keluar.

Apa yang saya perlu tahu sebelum memasui Kawasan Schengen?

apa itu kawasan schengen 4

Warganegara dari negara bebas visa boleh tinggal di Kawasan Schengen (semua negara Kesatuan Eropah kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom) untuk tempoh sehingga 90 hari.

Bukan semua negara Eropah adalah sebahagian daripada Kawasan Schengen, jadi pastikan anda memeriksa apa dokumen lain yang diperlukan untuk melawat negara-negara bukan Schengen di Eropah.

Kebanyakan negara akan menerima mata wang Euro, tetapi itu bukan peraturan wajib. Buat semakan untuk mengetahui sama ada negara yang anda sedang melancong menerima mata wang Euro atau menggunakan mata wang mereka sendiri.

Negara-negara termasuk dalam Kawasan Schengen

kawasan schengen

Ketika ini, Kawasa Schengen terdiri daripada 26 negara Eropah, termasuklah:

  1. Austria
  2. Belgium
  3. Republik Czech
  4. Denmark
  5. Estonia
  6. Finland
  7. Perancis
  8. Jerman
  9. Greece
  10. Hungary
  11. Iceland
  12. Itali
  13. Latvia
  14. Liechtenstein
  15. Lithuania
  16. Luxembourg
  17. Malta
  18. Belanda
  19. Norway
  20. Poland
  21. Portugal
  22. Slovakia
  23. Slovenia
  24. Sepanyol
  25. Sweden
  26. Switzerland

4 negara bukan Kesatuan Eropah yang juga ahli Kawasan Schengen adalah:

  1. Iceland
  2. Norway
  3. Switzerland
  4. Liechtenstein

Kawasan Schengen juga terdiri daripada negara-negara mikro iaitu Monaco, Vatican City, and San Marino.

Rujukan:

1. Inter Exchange

2. Schengen

3. Euro News




Hakcipta iluminasi.com (2017)