Oleh pada 28 Sep 2017 kategori

mira filzah minum nescafe

Lebih daripada 65% daripada badan kita adalah air. Air merupakan bahan yang sangat penting dalam badan bagi membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. Air mengalir dalam badan melalui darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel, serta menyahkan najis keluar daripada badan. Air juga penting untuk melembutkan sendi-sendi dan tisu-tisu lembut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tanpa air, badan kita tak mampu untuk menghadam atau menyerap makanan. Air yang tersimpan dalam sel-sel lemak akan digunakan untuk menghilangkan dahaga apabila air daripada sumber luar habis digunakan.

kemarau afrika

Namun, badan kita tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menyimpan air, berbanding unta di padang pasir yang mampu bertahan lama tanpa air. Jadi, tanpa air, berapa lamakan kita mampu bertahan? Para saintis mempunyai teori mengenai ini iaitu teori 3-3-3.

Secara purata, manusia dapat tahan selama 3 minit tanpa oksigen, 3 minggu tanpa makanan. Dan bagi air mula, kita mampu bertahan selama 3 hari. Terdapat juga kes di mana manusia mampu bertahan antara 8 hingga 10 hari.

Jumlah hari manusia mampu bertahan tanpa air bergantung kepada beberapa faktor, iaitu suhu, tahap kelembapan udara, serta tahap kesihatan seseorang.

latihan sukan intensif

Ambil atlet sebagai contoh. Atlet yang bersenam secara intensif dalam cuaca yang panas mudah terhidrat. Air peluh yang keluar membuatkan badan mereka memerlukan air yang banyak. Dan jika air tidak diminum dengan secukupnya, atlet-atlet ini boleh mati dalam masa beberapa jam.

Dan bagi mereka yang hanya tinggal di rumah, tanpa air individu mampu untuk bertahan sehingga 3 hari. Rekod yang paling lama dicatatkan manusia tanpa pengambilan air adalah 18 hari. Individu tersebut yang dipenjarakan tidak diberikan air selama 18 hari akibat kecuaian pihak pengurusan.

Disebabkan beliau berada di kawasan tertutup dan tanpa kehadiran cahaya matahari serta cuaca panas, beliau mampu bertahan lebih lama.

tembikai mengandungi air yang banyak

Akan tetapi, kita mampu bertahan hidup selagi tidak dijemput ajal, walaupun tak minum air. Cukup dengan memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti buah-buahan, badan kita tak semestinya memerlukan air tulen. Ia hanya memerlukan elektrolit dan nutrien dalam larutan akueus (cecair) yang membolehkan ianya diserap oleh badan.

Pada 23 November 1942, seorang pelayan kapal SS Benlomond, bertahan selama 133 hari di atas rakit di Lautan Atlantik yang terbuka luas selepas kapal tersebut karam. Selepas karam, Poon Lim berada di dalam air beberapa jam sebelum menjumpai sebuah rakit kayu yang mengandungi makanan dan minuman. Walaubagaimanapun, sumber makanan dan minuman habis hanya dalam bulan pertama.

poon lim 390

Ia menyebabkan beliau tidak mempunyai apa-apa makanan untuk bertahan, mahupun setitis air segar. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, beliau menangkap dan memakan ikan. Kerana tidak mampu untuk meminum air laut yang masin, beliau meminum darah burung camar atau jerung. Dengar seperti menjijikkan namun beliau mampu bertahan hidup disebabkan usahanya itu.

Beliau diselamatkan oleh nelayan Brazil pada 5 April 1943.




Hakcipta iluminasi.com (2017)