Tipu la kalau anda kata yang anda tak sukakan barang murah, apatah lagi percuma.
Dan jika anda seorang yang sangat suka berjalan-jalan makan angin, perkara yang paling membuatkan anda rasa nak melompat keriangan adalah dapat beli tiket penerbangan yang murah ke destinasi idaman anda.
Tapi, lebih baik kalau dapat percuma kan? Sebenarnya ada cara untuk anda dapatkan tiket percuma dari Air Asia.
BESARKAN TEKS A- A+
Secara teknikal, ia bukanlah percuma tetapi anda boleh dapat tiket melalui pembelian yang dilakukan ke atas barangan yang anda guna dalam seharian.
Caranya mudah, seperti yang ditawarkan oleh mana-mana pusat membeli belah, anda boleh mengumpul mata di pelbagai lokasi dan ditukarkan kepada mata AirAsia, yang akhirnya boleh ditebus dengan tiket penerbangan.
Semuanya boleh dilakukan dengan program AirAsia Big Loyalty. iluminasi.com kongsikan cara mudah untuk anda dapatkan tiket percuma dari AirAsia.
Langkah-langkah dan lokasi mengumpul mata Air Asia
Pertama sekali anda perlulah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai ahli BIG Member dan mendapatkan nombor ID Air Asia. Anda boleh berbuat demikian secara percuma di pautan ini.
Dan apa yang menarik untuk kumpul mata bagi Air Asia Big Loyalty ini adalah ia boleh dilakukan di lokasi-lokasi besar dan popular yang mana anda pasti sering kunjungi. Jadi, lebih mudah dan berbaloi untuk anda dapat mata.
Antara lokasi-lokasi tersebut adalah:
1. Mydin
Kan penulis dah cakap tempat-tempat untuk dapatkan mata ganjaran Air Asia ni memang anda selalu kunjungi, termasuklah Mydin. Jika anda seorang suri rumah, pasti ini salah satu lokasi kegemaran anda untuk membeli barangan rumah.
Untuk dapatkan mata, anda perlu terlebih dahulu menjadi ahli Mydin dengan mendapatkan kad Meriah Mydin.
Caranya mudah saja anda perlu daftar di kaunter khidmat pelanggan di mana-mana cawangan Mydin berdekatan anda dan yuran dikenakan RM12 untuk setahun.
Di Mydin pula, anda akan dapat 1 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, dan jika nak mata Air Asia, setiap belian RM4 akan memberikan anda 1 mata Air Asia.
Lebih menarik, tak semua yang nak berminat nak daftar kad Meriah ni walaupun ia sangat mudah.
Dengan itu, jika anda berani tegur orang hadapan anda ketika membayar yang tak ada kad Meriah, anda mungkin boleh dapat mata ekstra! Tapi kena tebal muka sikit la kan.
Dan bukan sahaja terhad kepada pembelian barangan di Mydin sahaja. Anda juga boleh dapatkan mata ganjaran jika anda membuat tambah nilai Touch N Go di sini!.
2. Petron
Ini antara lokasi yang anda kunjungi setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Di samping anda mengisi minyak di Petron, anda juga boleh dapatkan mata ganjaran.
Disebabkan anda isi hari-hari, mata pun anda dapat hari-hari. Kan senang dan berbaloi? Anda ada dua pilihan ketika mengisi minyak di Petron iaitu sama ada nak mata Petron Miles atau nak mata Air Asia.
Jika nak mata Petron Miles, setiap isian RM2 anda dapat 2 mata. Kalau nak mata Air Asia pula, setiap isian RM2 dapat 1 mata. Sebagai contoh anda isi minyak RM20 sehari, seminggu 3 kali.
Jumlah mata Air Asia yang anda boleh dapat adalah 30 mata seminggu.
3. Lazada
Yang ni memang antara lokasi beli belah atas talian paling popular di Malaysia terutamanya bagi wanita. Mesti anda rasa rugi kan sebab selalu berbelanja kat sini tapi tak pernah tahu boleh dapat mata dan tebus tiket Air Asia!
Daripada anda berbelanja tanpa dapat apa-apa ganjaran ekstra, baik anda mulakan dan dapatkan penerbangan percuma. Bagi setiap pembelian bernilai RM5 di Lazada, anda akan diberikan 1 mata ganjaran Air Asia.
Dan bukan hanya terhad kepada pembelian biasa, jika anda buat belian tambah nilai Tune Talk menggunakan Lazada, anda boleh dapatkan mata ekstra iaitu 1 mata bagi setiap tambah nilai RM5.
Cara kiraan, jika anda tambah nilai RM50, anda dapat 120 mata Tune Talk, dan mata ekstra dari Lazada iaitu 10 mata (RM50/5= 10 mata).
4. Zalora
Sama seperti Lazada, Zalora adalah laman beli-belah atas talian yang popular. 5 mata Air Asia akan diberikan bagi setiap pembelian bernilai RM15.
5. Booking.com / Agoda
Pasti anda tak jangka Booking.com pun boleh dapat mata Air Asia kan? Ya, Booking.com antara laman tempahan atas talian bagi hotel dan macam-macam lagi. Juga agak popular di Malaysia.
Apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan nombor ID Air Asia di slot sepatutnya ketika anda membuat tempahan dan mata ganjaran akan diberikan.
Setiap USD10 (RM40), anda akan diberikan 10 mata ganjaran. Juga anda boleh dapatkan mata Air Asia dari laman tempahan Agoda.
6. Tune Hotel
Bagi yang tak tahu, Tune Hotel ini adalah cabang daripada perniagaan Air Asia juga.
Anda boleh jumpa hotel ini di banyak lokasi di Malaysia termasuk di lapangan terbang. Jadi, daripada menginap di hotel lain tanpa dapat mata ganjaran, baik anda tinggal di Tune Hotel!
Anda akan dapat 1 mata bagi setiap RM2 di Tune Hotel.
7. Tune Talk
Berita baik bagi pengguna Tune Talk di mana anda boleh dapatkan mata ganjaran Air Asia setiap kali anda tambah nilai. Setiap tambah nilai akan diberikan mata seperti berikut:
RM5 | 8 mata |
RM10 | 20 mata |
RM15 | 30 mata |
RM20 | 40 mata |
RM30 | 70 mata |
RM50 | 120 mata |
RM100 | 240 mata |
Tapi sebelum anda boleh tebus, mata anda perlu mencecah 3,000 mata dahulu. Tapi jangan risau, anda akan tetap dapat jumlah mata yang sama iaitu 3,000 mata.
Bila mata dah cukup 3,000 dan ada akaun Air Asia, log masuk ke Tune Talk Self Care dan klik pada "Tukar Mata BIG Tune Talk anda ke ID ahli AirAsia BIG". Mata anda akan ditukarkan dalam masa 3 hingga 4 hari bekerja.
Mudah kan?
8. e-Pay
Bagi yang kerap menggunakan e-Pay, anda juga boleh kumpul mata Air Asia, seperti berikut:
No. | Kategori | Mata Air Asia Big |
1. | Tambah nilai prepaid | RM5 = 1 mata |
2. | Tambah nilai online game | RM5 = 1 mata |
3. | Tambah nilai IDD | RM5 = 1 mata |
4. | Pembayaran bil | 2 mata bagi setiap transaksi |
5. | Lain-lain (Grab, Njoi, hyppme, TMGo) | RM5 = 1 mata |
9. PTPTN
Yang ini paling berbaloi jika anda nak dapatkan mata. Dengan membayar balik pinjaman pengajian anda, anda juga diberikan mata ganjaran bagi menggalakkan anda membuat pembayaran balik.
Sambil-sambil tu, anda boleh dapat tiket percuma! Bagi setiap pembayaran balik bernilai RM2, anda akan dapat 1 mata Air Asia. Bayangkan jika anda ada pinjaman sebanyak RM10,000, anda boleh dapat 5,000 mata!
10. Simpanan CIMB
Ya, dengan menyimpan wang di CIMB pun anda boleh dapat mata ganjaran. Dahsyat betul. CIMB ada tawarkan Air Asia Savers Account di mana jika anda simpan RM1,500 selama 3 bulan, mata ganjaran sebanyak 250 akan diberikan.
Lebih banyak anda simpan, lebih banyak mata ganjaran! Jika anda dah ada CIMB Clicks dan nak buka akaun ini, hanya perlu hasilkan akaun Air Asia Savers Account melalui CIMB Clicks. Mudah je.
Boleh rujuk di sini.
11. Mata ganjaran pelbagai perbankan
Dan bagi yang tahu, kebanyakan syarikat perbankan di Malaysia memberikan ganjaran mata kepada pelanggan mereka dengan pelbagai cara.
Dan dengan mata yang anda peroleh dari bank-bank ini, ia juga boleh digunakan dengan ditukarkan kepada mata Air Asia, seperti berikut:
- Maybank - Setiap 7,000 TreatPoints, anda dapat 1,000 mata Air Asia. Bagi Mata Ganjaran Keahlian (Membership Rewards Points) pula, setiap 5,600 mata anda akan dapat 1,000 mata Air Asia. Rujuk di sini.
- CIMB - Setiap 8,000 Mata Bonus, anda akan diberikan 1,000 mata Air Asia. Rujuk di sini.
- Citibank: -Rewards Card, Rewards Platinum, Gold, Clear, Choice, Silver dan Citi Business Card, bagi setiap 3,800 Reward Points anda dapat 500 mata Air Asia- Prestige Card - Setiap 3,200 Reward Points anda dapat 500 mata Air Asia- Premier Miles Card - Setiap 750 Reward Points, anda dapat 500 mata Air Asia. Rujuk di sini.
Tebus mata
Bila mata anda dah cukup banyak dan anda rasa nak tebus, anda boleh layari pautan ini untuk berbuat demikian. Pilih destinasi kegemaran anda dan terbang!
Rujuk di sini.