Minyak atau petroleum adalah komoditi yang sangat berharga yang telah menyebabkan banyak konflik pada masa lalu dalam menguasai dan mengawalnya.

Minyak membuatkan pemilik syarikat seperti John D. Rockefeller sebagai orang terkaya di Amerika pada satu ketika dalam sejarah.

Walaupun perebutan untuk minyak dan kemajuan dalam proses pengekstrakan minyak hanya berlaku dalam beberapa dekad yang lalu, minyak telah wujud selama berjuta-juta tahun, terletak jauh di bawah tanah atau laut di mana ia menjadi terperangkap dan dimampatkan di bawah lapisan batu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Minyak luar pesisir adalah salah satu industri utama yang cuba untuk mengeluarkan minyak tersembunyi itu dan juga didorong oleh potensi yang luar biasa terhadap pendapatan dan keuntungan.

Sejarah penggerudian minyak

penggerudian minyak

Terdapat beberapa rekod yang menunjukkan bahawa orang Cina menjalankan penggerudian minyak seawal 400 AD, tetapi rekod ini tidak terlalu boleh dipercayai.

Struktur pengumpulan minyak moden yang pertama dibina pada tahun 1897.

Tiga dekad kemudian, pelantar mudah alih yang terdiri daripada tongkang sederhana dengan gerudi yang dipasang di atas menjadi simbol kebangkitan pengaruh minyak Barat selama beberapa dekad yang akan datang.

Bagaimana ia dilakukan?

mesin penggerudi minyak

Lebih daripada 80 juta tong minyak dihasilkan setiap hari pada ketika ini. Penggerudian minyak adalah proses yang biasanya bermula dengan pelbagai tinjauan. Tinjauan yang popular dalam bidang ini adalah refleksi geografi, geomagnetik dan seismik.

Tinjauan ini berguna dalam menentukan kawasan yang mungkin mempunyai deposit minyak yang besar. Peringkat seterusnya melibatkan mendapatkan permit yang diperlukan dan mematuhi peraturan rantau , negeri atau negara.

Sebaik sahaja semua keizinan yang diperlukan diperoleh, pelantar boleh bergerak. Ia memerlukan satu pasukan profesional yang berkelayakan untuk memasang dan mengendalikan struktur penggerudian minyak berjuta-juta dolar ini.

Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa terdapat lebih daripada 40,000 medan minyak di seluruh dunia. Kebanyakan penggerudian berlaku di atas platform kontinental.

Sesetengah platform minyak luar pesisir ini terletak di kawasan yang mempunyai iklim dahsyat seperti yang ada di Laut Utara, yang mesti kuat menahan angin 90-knot dan gelombang ombak berketinggian 20 meter.

Pelantar mudah alih seperti kapal pelantar biasanya dikhaskan untuk kerja penerokaan. Kapal ini biasanya dimiliki oleh kontraktor swasta yang kemudiannya menyewakannya kepada syarikat minyak dan pemasaran yang memberikan keuntungan yang sangat lumayan

Struktur dan komponen pelantar minyak 

struktur pelantar minyak

Kaki, jaket, dek, derrick dan kren sering merupakan komponen atau struktur utama bagi tapak minyak luar pesisir. Butiran bagi bahagian-bahagian struktur-struktur ini adalah seperti berikut: 

1. Kaki

Ini adalah asas utama bagi sesebuah pelantar. Platform utama pelantar mesti mampu untuk menggerudi ribuan kaki ke bawah paras laut, yang memerlukan kestabilan tinggi.

Kaki adalah struktur besar yang menjangkaui dasar laut. Kaki diperbuat daripada struktur konkrit atau keluli dan sukar untuk dikeluarkan, walaupun ia perlu dikeluarkan bagi tujuan pemindahan. 

2. Jaket

Jaket biasanya bahagian keluli tegak tertanam ke dasar laut. Ia melindungi batang gerudi tengah daripada apa-apa kerosakan atau gangguan.

3. Dek

Dek adalah ruang kerja utama di platform, di mana terletaknya pelantar penggerudian, jentera pengeluaran dan tempat kakitangan.

4. Kren

Kren adalah sesuatu yang biasa dilihat di tapak luar pesisir. Tugas utama kren ialah mengangkat dan memindahkan bekas, jentera penggerudian dan bahagian paip.

5. Derrick

Derrick biasanya merupakan struktur paling tinggi di tapak luar pesisir. Derrick hanyalah sebuah menara untuk menempatkan mesin jentera gerudi dan menyalurkan saluran paip baru apabila gerudi menurun. 

Jenis-jenis platform minyak pesisir luat pantai

Pelantar, jack up, spar, separa tenggelam (semi-submersible) dan kapal gerudi adalah lima jenis platform minyak luar pesisir yang utama.

1. Pelantar

pelantar minyak biasa

Pelantar adalah jenis yang paling biasa. Ia adalah struktur konkrit dan keluli yang tidak boleh dipindahkan.

Ia mempunyai ruang dek untuk pelbagai pelantar, kemudahan pengeluaran dan kuarters kru. Falsafah reka bentuk dan sifatnya menjadikan pelantar sesuai untuk deposit luar pesisir yang lebih besar.

2. Spar

platform spar

Spar sesuai bagi banyak medan minyak, seperti di Laut Utara, di mana dasar laut tidak begitu dalam.

Spar adalah platform penggerudian yang dipasangkan pada lambung berongga gergasi pada kapal, yang boleh turun hingga 250 meter (masih di atas dasar laut) dan diikat menggunakan kabel. 

3. Jack up

pelantar jack up

Jack up adalah platform mudah alih yang diangkat di atas laut menggunakan kaki keluli yang boleh dipanjangkan.

Jack up pesisir pantai direka untuk kedalaman 500 meter atau kurang. Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk deposit kecil atau pertengahan. Bilangan kru yang bekerja di jack up luar pesisir adalah jauh lebih rendah berbanding pelantar atau spar. 

4. Semi-submersible

semi submersible

Platfom minyak Semi-submersible atau separa boleh tenggelam biasanya dibina di atas pontoon (silinder logam berongga) terapung.

Lajurnya boleh tenggelam di dalam air, di mana ia dilabuhkan ke dasar laut atau dikekalkan di tempatnya oleh tujahan yang boleh digerakkan.

Ia menyokong penggerudian sehingga ke kedalaman 1,800 meter. Jenis ini adalah separa-mudah alih dan direka untuk penempatan pantas.

5. Kapal gerudi

kapal penggerudi minyak

Kapal gerudi adalah kapal penggerudi minyak mudah alih sepenuhnya.

Ia direka dengan tujuan perlombongan spekulatif atau air dalam. Kapal penggerudian maju ini juga disertakan dengan platform penggerudian di bahagian tengah.

Ia menggunakan pengesan canggih, komponen elektronik dan penjejakan satelit untuk memastikan ia terapung dengan selamat.

Kehidupan di atas pelantar minyak offshore

kehidupan atas pelantar minyak

Kehidupan di tapak luar pesisir bukanlah sesuatu yang mudah. Para pekerja perlu bekerja hampir enam bulan setiap tahun. Walaupun pekerja minyak diberikan gaji yang agak lumayan, namun keadaan yang mereka perlu hadapi adalah sangat berbahaya.

Berita baik bagi mereka adalah pelantar dan spar biasanya mempunyai kemudahan lengkap, setanding dengan kapal pesiaran.

Ini termasuk bilik-bilik peribadi untuk anak-anak kapal, pawagam untuk hiburan, restoran 24 jam dan gimnasium untuk memastikan mereka kekal sihat untuk melakukan aktiviti fizikal yang berat.

Selain ketibaan biasa oleh kapal-kapal, helikopter digunakan untuk bagi memudahkan segala urusan pekerja. Secara umumnya, tapak minyak luar pesisir adalah lebih baik daripada kebanyakan tempat kerja yang lain!

main bola atas pelantar minyak

Menurut beberapa kajian, dianggarkan bahawa setiap pekerja luar pesisir menyokong sehingga 10 pekerja lain dalam industri tempatan, seperti industri makanan, pengangkutan dan penyelenggaraan.

Walau bagaimanapun, risiko bekerja pelantar minyak sentiasa tinggi, memandangkan penggerudian luar pesisir melibatkan urusan dengan komoditi yang sangat mudah terbakar seperti minyak dan gas.

Juga, bahan-bahan ini sentiasa dipam keluar pada tekanan tinggi semasa proses pengekstrakan minyak. Kesilapan kecil dari mana-mana ahli krew boleh menyebabkan malapetaka di tapak pantai yang boleh mengorbankan banyak nyawa.

kebakaran pelantar minyak

Dalam kes bencana, situasi yang paling teruk adalah ia memerlukan bantuan helikopter atau kapal yang terletak jauh daripada mereka.

Malah, oleh kerana para pekerja kerap bekerja selama 12 jam secara berterusan dalam tugasan yang meletihkan, mereka sering terdedah kepada pengambilan alkohol atau penyalahgunaan dadah dalam usaha untuk menguruskan tekanan kerja yang unik dan mencabar ini.

Rujukan:

1. Harvard University

2. University of California




Hakcipta iluminasi.com (2017)