Oleh pada 26 Jun 2019 kategori

Ketika ini, populasi di atas muka Bumi mencecah 7.7 bilion. Namun, bagaimana jika separuh daripada jumlah manusia yang wujud pada hari ini lenyap secara tiba-tiba, seperti yang dilakukan oleh Thanos dalam filem Avenger: Endgame?

Dan jika anda tergolong daripada mereka yang terselamat ini, apa yang akan berlaku kepada anda?

Sudah tentu kekacauan besar-besaran akan berlaku jika 50% daripada populasi manusia lenyap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara perkara yang paling jelas akan berlaku adalah kemalangan pesawat yang dahsyat kerana sejumlah juruterbang yang sedang mengemudi pesawat pastinya termasuk dalam golongan yang lenyap ini.

Pada satu-satu masa, terdapat kira-kira 10,000 pesawat yang sedang terbang di awan dengan penumpang sekitar 1 juta orang.

Kemalangan pesawat ini juga akan memberikan kesan kepada manusia di daratan kerana tiada siapa yang tahu ke mana pesawat tanpa juruterbang ini akan terhempas. 

10000 pesawat terbang dalam masa yang sama

Jika anda terselamat daripada kacau bilau dan kemusnahan sekelip mata ini, anda mungkin tidak akan gembira. Separuh daripada rakan dan ahli keluarga anda juga mungkin lenyap.

Namun sebaik sahaja anda berjaya move on daripada kesedihan kerana kehilangan orang tersayang ini, anda mungkin bakal berhadapan dengan kehidupan yang lebih baik, tetapi bukanlah serta-merta.

Pertamanya, peradaban manusia terpaksa berhadapan dengan kehilangan populasi manusia yang memainkan peranan penting termasuklah pemimpin dunia, pegawai polis, anggota bomba dan banyak lagi.

Jika tugas-tugas oleh golongan ini tidak dapat disempurnakan, ia akan memberikan kesan kepada manusia yang masih hidup. 

Blackout besar-besaran akan berlaku dan membuatkan kehidupan menjadi kurang selamat. Untuk tempoh yang singkat, bekalan makanan kita akan terjejas dengan begitu teruk.

populasi bumi lenyap separuh

Dengan kebanyakan produk diperoleh daripada penghantaran dari luar negara, kemungkinan besar anda tak akan dapat apa yang anda mahukan.

Juga, jumlah manusia yang bertanggungjawab dalam menghasilkan, menjual dan mengeskport makanan juga berkurangan. 

Jadi, apa yang akan berlaku setelah semua ini selesai dan perabadan manusia akhirnya berjaya menyesuaikan dengan dunia baru ini?

Percaya atau tidak, satu ketika dahulu kita pernah berhadapan dengan situasi yang sangat serupa yang dikenali sebagai Black Death.

peristiwa black death pada abad ke14

Pada pertengahan abad ke-14, Eropah dilanda jangkitan bakteria yang telah menghapuskan 25 juta manusia dari muka Bumi. Jumlah ini bersamaan dengan separuh daripada populasi Eropah pada ketika itu.

Walaupun dunia kehilangan manusia yang ramai dalam sekelip mata dan berhadapan dengan kesedihan yang dahsyat, peristiwa ini juga memberikan kebaikan kepada mereka yang masih hidup.

Ketika dunia berhadapan dengan masa di mana bekalan makanan tidak mencukupi, makanan yang wujud menjadi lebih banyak berbanding manusia yang ada.

Hal ini juga boleh disamakan dengan dunia hari ini di mana sekitar 36 juta manusia mati setiap hari akibat kelaparan.

Dengan 50% populasi manusia lenyap dan kita masih mempunyai jumlah makanan yang sama seperti sebelumnya, kita tidak lagi berhadapan dengan masalah kekurangan makanan.

sumber makanan akan menjadi lebih jika populasi berkurangan

Kebaikan yang boleh kita nikmati seperti mana berlaku ketika Black Death adalah kita akan menjadi semakin kaya. 

Dengan mengandaikan bahawa ekonomi dunia stabil selepas peristiwa besar ini, anda boleh mengenakan caj yang lebih mahal untuk kemahiran yang anda miliki.

Anda mungkin satu-satunya orang yang masih wujud yang tahu cara untuk membaiki kereta, melakukan pembedahan dan sebagainya.

Kemahiran anda akan mendapat permintaan yang tinggi membuatkan anda mampu menjana pendapatan lumayan dari sebelumnya.

Dan bercakap tentang wang, harga rumah juga akan menjadi lebih murah tak kiralah di mana anda ingin tinggal.

Ini kerana terdapat banyak rumah yang tidak lagi didiami. Anda mungkin tak lagi perlu membayar sewa atau membeli rumah seumur hidup anda.

thanos endgame

Bagaimana pula dengan benda selain daripada manusia dan apa yang akan berlaku kepada mereka?

Bumi akan sembuh daripada perubahan iklim secara perlahan-lahan kerana kekurangan manusia bermakna akan berlakunya penurunan dalam pencemaran alam sekitar. 

Kita juga dijangkan akan memiliki kehidupan yang lebih selesa di Bumi untuk tempoh 100 tahun akan datang jika separuh daripada manusia lenyap. 

Namun dalam beberapa abad yang akan datang, jumlah manusia kemungkinan akan kembali sama seperti sediakala, menjadikan Bumi sekali lagi sesak dengan manusia.

Namun jika hal ini berlaku, dunia masih mampu bertahan. Masalah utamanya bukanlah terletak kepada berapa jumlah manusia tetapi bagaimana kita menggunakan planet ini dan berkongsi sumber-sumbernya.

Secara teorinya, manusia boleh mencecah 14 bilion orang dan Bumi masih boleh berkembang maju selagi kita menggunakan sumber yang ada dengan betul.

Rujukan:

1. Avenges: Endgame Real Life

2. Buzzfeed

3. Quora




Hakcipta iluminasi.com (2017)