Oleh pada 28 Mar 2018 kategori

Perjanjian Paris mula berkuat kuasa pada bulan November 2016. Ia merupakan satu inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperkuatkan respons dunia berkaitan perubahan iklim dan ditandatangani oleh 175 buah negara.

Perjanjian ini menyediakan rangka kerja untuk kesemua negara terlibat bagi mengurangkan emisi bahan api supaya suhu keseluruhan planet tidak meningkat melebihi 2 darjah Celcius.

Sejak berlakunya Revolusi Perindustrian, manusia telah memberikan impak yang amat ketara kepada perubahan bumi. Pemanasan global telah menyebabkan berlakunya perubahan cuaca, bencana alam dan perubahan bentuk muka bumi. Kesan ini boleh jelas dilihat dalam beberapa imej kawasan yang bakal kami kongsi.

Kebanyakan imej ini diambil daripada pihak NASA dan ditangkap dengan perbezaan tempoh sekitar 50 tahun antara tahun 1940 sehingga kini. Walau bagaimanapun ada sesetengah gambar yang diambil selepas 10-15 tahun namun sudah menunjukkan perubahan yang mendadak kesan pencairan ais, pembalakan, kemarau berpanjangan dan sebagainya.

1. Glasier Muir, Alaska (1941 dan 2004)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global

2. Gunung Matterhorn, Switzerland (1960 dan 2005)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global matterhorn

3. Taman Negara Gunung Elgon, Uganda (1973 dan 2005)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global uganda

4. Rondonia, Brazil (1975 dan 2009)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global 4

5. Glasier Qori Kalis, Peru (1978 dan 2011)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global peru

6. Ecuador (1986 dan 2007)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global ecuador

7. Laut Aral, Asia Tengah (2000 dan 2014)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global laut aral

8. Arizona dan Utah, Amerika Syarikat (1999 dan 2014)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global sungai amerika

9. Tasik Urmia, Iran (2000 dan 2013)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global iran

10. Kawasan tadahan Elephant Butte, New Mexico (1994 dan 2013)

gambar bumi sebelum selepas 70 tahun perjanjian paris perubahan iklim pemanasan global new mexico

Anda boleh baca lebih lanjut berkenaan Perjanjian Paris di sini.

Janganlah kita hanya mengharapkan pihak kerajaan untuk membuat pelbagai inisiatif dalam menangani masalah sejagat ini. Kita sendiri boleh melakukan perubahan-perubahan kecil dari rumah seperti mengitar semula, tidak melakukan pembakaran terbuka dan tidak membuang sampah merata-rata.

Bumi sudah semakin tenat. Jika kita tidak mula menjaga dan mentadbir alam dengan baik, bayangkanlah apa yang bakal terjadi pada generasi anak-anak kita kelak.


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)