Pasti anda pernah mendengar kes di mana penjenayah cuba menyembunyikan bukti untuk melepaskan diri daripada tuduhan. Namun, seorang lelaki dari England telah melakukan sesuatu di luar jangkaan semua orang.
Lamarr Chambers enggan "mengeluarkan" dadah yang didakwa ditelannya dalam cubaan untuk mengelak pendakwaan.
Untuk melakukan perkara ini, pihak pendakwa berkata Lamarr enggan makan dengan cukup dan tidak berak walaupun sudah tiba masanya untuk berbuat demikian.
BESARKAN TEKS A- A+
Hal ini dinafikan oleh peguam Lamarr. Dan selepas 47 hari tanpa membuang air besar, polis menggugurkan tuduhan ke atasnya dan Lamarr dibawa ke hospital untuk rawatan.
Berita tentang tidak membuang air besar ini membuatkan kita tertanya-tanya betapa bahayanya hal ini, dari segi kesan kepada tubuh badan manusia. Dan sebenarnya, ia merupakan idea yang sangat tidak bijak.
Dr. Ellen Stein, seorang penolong profesor perubatan di Johns Hopkins University berkata bahawa beliau tidak mengesyorkan sesiapa untuk melakukan perkara sebegini.
Secara teknikalnya, adalah mungkin bagi seseorang untuk enggan membuang air besar sehingga ke satu tahap. Namun, kemungkinan besar ia akan membentuk najis pepejal yang keras dalam usus yang dikenali sebagai bebola najis.
Dan walaupun ia boleh bertahan lama dan kekal di dalam usus, namun kebanyakan orang akan mengalami "kebocoran", yang mana bukan sesuatu yang menyenangkan.
Satu lagi komplikasi yang mungkin berlaku disebabkan bebola najis adalah ia memberikan tekanan yang besar ke atas kawasan di belakangnya. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya ulser rektum yang sangat menyakitkan.
Ia juga boleh mencederakan tisu halus di kawasan dubur, yang berpotensi mengakibatkan luka atau koyakan pada lapisan dalam yang dikenali sebagai "dalam lapisan, yang dikenali sebagai "rekahan."
Komplikasi ini sangatlah menyakitkan, digambarkan seperti luka di bahagian yang sangat sensitif.
Dan tanpa aliran darah yang betul yang mana terhalang oleh bebola najis tersebut, rekahan ini tidak akan sembuh serta akan menjadi lebih teruk dari masa ke masa.
Implikasi jangka pendek ini sahaja sudah cukup mengerikan, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan potensi kesan yang berkekalan.
Kerosakan pada rektum dan otot sphincter, serta distensi (bengkak) di kedua-dua organ itu akan menyebabkan kesakitan dan masalah fungsi normal.
"Rektum itu sendiri sepatutnya mempunyai bentuk tertentu dan jika anda mempunyai banyak najis untuk masa yang lama ia boleh menjadi tidak berfungsi kerana ia terlalu dibebani najis. Ini boleh menyebabkan pembengkakan dinding perut," kata Dr. Ellen
Pembengkakan ini boleh menyebabkan seseorang sukar untuk melakukan aktiviti mudah seperti berjalan-jalan dan membongkok.
Malah, amat sukar bagi kawasan yang sensitif untuk pulih selepas mengalami penyahalgunaan jangka panjang. Dan jika ia mungkin pulih, ia boleh mengambil masa beberapa bulan untuk kembali berfungsi.
Ini disebabkan oleh otot biasanya menyelaraskan dan bekerja bersama-sama. Setelah ia tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda memerlukan terapi fizikal untuk mengembalikan bentuk dan fungsinya.
Terapi fizikal untuk masalah ini biasanya melibatkan latihan yang mengajar pesakit bagaimana untuk berehat dan mengetatkan otot pelvis, dengan itu meningkatkan kawalan ke atas tabiat berak.
Bagaimanapun, jika kerosakan yang serius berlaku, maka tiada senaman yang mampu memulihkannya. Jadi, apakah pengakhiran bagi mereka yang tidak berak selama berbulan-bulan?
Selepas menahan berak untuk jangka masa panjang, kemungkinan rasa lega akan dirasakan.
Namun, kebanyakan pesakit yang mengalami sembelit kronik yang teruk boleh berhadapan dengan rasa yang lebih teruk buat sementara waktu selepas berak.
Usus yang telah menyesuaikan diri dengan najis yang banyak akan berasa sakit dan tidak selesa apabila ia cuba untuk kembali ke bentuk asal.
Sesetengah orang telah kehilangan input sensori yang penting dan tidak berasa perbezaan sama sekali selama beberapa minggu sehingga usus mula berfungsi dengan lebih normal.
Dan sudah tentu, Lamarr Chambers sendiri yang tahu apa rasanya menahan berak selama 47 hari.
Rujukan:
1. Livescience
2. HSW
3. Healthline