Bagi yang tak tahu, Coronavirus tidak sama dengan COVID-19, di mana COVID-19 adalah nama penyakit yang disebabkan oleh coronavirus.

Virus ini digelarkan sebagai SARS-CoV-2 (coronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2). 

Virus ini telah membunuh beribu-ribu mangsa dan menyebabkan seluruh dunia berada dalam keadaan panik. Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan yang berlaku akibat daripada kemunculan virus ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 7 kesan Coronavirus kepada dunia.

1. Jenama bir Corona rosak

jenama bir corona terkesan akibat coronavirus

Pada logo bir Corona, terdapat logo mahkota dan perkataan "corona" yang membawa maksud "crown" dalam bahasa Sepanyol dan Latin. Secara tak sengaja, coronavirus mendapat namanya kerana zarah virus tersebut mempunyai duri yang kelihatan seperti mahkota. 

Dan ketika virus ini mula-mula muncul, sesetengah orang menjadi keliru lantas mengaitkannya dengan jenama bir Corona. Mereka juga mungkin percaya bahawa virus ini tersebar dengan meminum bir Corona.

Tidak dapat dipastikan betapa hebatnya impak salah faham ini terhadap penjualan bir Corona kerana terdapat sumber yang berbeza dengan laporan yang berbeza.

Menurut YouGov, sebuah firma penyelidikan pasaran British, tahap populariti jenama ini telah menurun daripada 75 kepada 51 sejak bermulanya tahun 2020.

Walaupun kedengaran seperti kelakar, namun ia benar-benar berlaku.

2. COVID-19 lebih berbahaya kepada lelaki

lelaki lebih terdedah kepada maut akibat coronavirus

Para saintis Cina mendapati bahawa lelaki dan wanita mempunyai kebarangkalian yang sama-sama untuk dijangkiti oleh koronavirus.

Tetapi kadar kematian di China adalah pada kadar 2.8% bagi lelaki berbanding 1.7% bagi wanita. Ini sekaligus menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk mati apabila dijangkiti.

Ketika ini, sebab yang paling mungkin perkara ini adalah tanggapan bahawa imun wanita lebih kuat daripada lelaki.

Meskipun alasan yang tepat untuk ini masih tidak diketahui, ia dipercayai dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi pada wanita atau fakta bahawa setiap wanita mempunyai dua kromosom X berbanding dengan satu kromosom X.

3. Membunuh lebih ramai daripada SARS

sars vs coronavirus

Ketika artikel ini ditulis, kita sudah dilanda epidemik baru ini selama 3 bulan. Adakah kita perlu panik? Sekali pandang, ia kelihatan seperti kita haru panik.

Secara keseluruhan, selesema Wuhan ini telah membunuh lebih ramai berbanding SARS, yang disebabkan oleh coronavirus lain pada awal tahun 2000-an.

Walau bagaimanapun, peratusan melibatkan virus ini menceritakan kisah yang berbeza.

Setakat ini, seramai 101,906 orang telah dijangkiti COVID-19 dan 3,465 telah meninggal dunia.

Sebaliknya, 8,098 orang menderita akibat SARS dan 774 yang terbunuh.

Setakat ini, kadar kematian keseluruhan dari COVID-19 adalah 3.4 peratus, manakala kadar kematian akibat SARS adalah 9.6 peratus.

Tetapi ebimbangan utama mengenai penyakit ini adalah betapa mudah dan cepatnya ia tersebar.

Jika anda berada dalam jarak 1.8 meter dari orang yang dijangkiti, anda dianggap berisiko. Ini menjadikan pengangkutan awam sebagai tempat paling berisiko.

Selain itu, gejala-gejala anda dijangkiti virus ini boleh mengambil masa sehingga 2 minggu untuk muncul. Ini membuatkan virus baru ini sangat mudah dijangkiti seperti selesema biasa, namun sudah tentunya ia jauh lebih bahaya.

4. Mengurangkan pencemaran di China

pengurangan pencemaran di china akibat coronavirus 2

Para saintis percaya bahawa pengurangan pencemaran udara baru-baru ini di seluruh China dikaitkan dengan usaha untuk mengawal penyebaran coronavirus.

Wabak virus itu yang pertama kali dikesan akhir tahun lalu di wilayah tengah Hubei, menyekat pengangkutan dan pergerakan serta mengganggu aktiviti perniagaan secara besar-besaran di seluruh China.

pengurangan pencemaran di china akibat coronavirus

Dengan jumlah kilang yang beroperasi semakin berkurangan, kereta dan lori di jalan raya, serta pesawat di udara, membuatkan langit menjadi jelas.

Menurut NASA, tahap nitrogen dioksida, bahan pencemar yang datang terutamanya dari pembakaran bahan api fosil, turun sebanyak 30%.

5. Senjata biologi oleh China?

coronavirus dikatakan sebagai senjata biologi

Seperti biasa, di mana sahaja ada Internet, di situ akan ada teori konspirasi.

Agak mengejutkan, warga Internet mengendalikan epidemik COVID-19 dengan agak matang.

Walau bagaimanapun, lonjakan kes baru di luar Wuhan, terutama di Korea Selatan dan Itali, telah menyebabkan ramai orang berasa curiga.

Kematian doktor yang memberi maklumat tentang hal ini juga sangat aneh.

Spekulasi ini tidak benar, walaupun telah menarik perhatian ramai orang.

Menurut satu teori, China sendiri yang menghasilkan coronavirus sebagai senjata.

Virus itu kemudian dibebaskan untuk mewujudkan ruang untuk perkembangan pertanian.

Bahkan ahli politik juga mempunyai teori konspirasi, di mana Senator AS Tom Cotton juga menuduh kerajaan China menggunakan taktik yang jahat.  

6. Pesakit tidak imun dan boleh dijangkiti kali kedua

penangan coronavirus

Apabila melibatkan koronavirus, anda boleh dijangkiti lagi selepas sembuh daripadanya. Baru-baru ini, seorang wanita Jepun telah didiagnos dengan COVID-19 untuk kali kedua.

Wanita itu adalah pemandu bas pelancongan di Osaka, yang membuatkannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan kerana jumlah orang yang berinteraksi dengannya setiap hari.

Berita itu agak membimbangkan kerana ia meningkatkan kesan potensi penyakit ini.

Tambahan pula, ia menjadikan penghasilan vaksin virus ini menjadi kurang berdaya maju.

Para saintis masih berusaha untuk mengetahui bagaimana coronavirus dapat menjangkiti orang yang sama dua kali.

7. Adakah ia dari kelawar, ular atau tenggiling?

tenggiling mungkin penyebab coronavirus

Ketika ini, kita mendengar bahawa penyebab virus ini yang paling mungkin berasal dari kelawar.

China mempunyai reputasi memiliki masakan tempatan yang unik kerana haiwan liar boleh dibeli di pasar dan dimakan.

Antara salah satu hidangan istimewa termasuklah sup kelawar yang lazat (dan agak menyeramkan).

Ahli sains sedang cuba menentukan haiwan mana yang bertanggungjawab memindahkan virus ini kepada manusia, tetapi mereka masih tidak pasti.

Dua penyebab lain yang berpotensi termasuklah ular dan tenggiling.

Tenggiling boleh didapati secara semulajadi di Asia dan Afrika.

Tetapi makhluk ini diperdagangkan di seluruh dunia kerana ia dianggap sebagai makanan yang sangat istimewa. Dari mana ia sekalipun, malapetaka ini sebenarnya boleh dielakkan jika kita mengelakkan diri daripada memakan haiwan liar. 

Rujukan:

1. Science Alert

2. China CDC

3. Aljazeera




Hakcipta iluminasi.com (2017)