Selepas 2,250 ujian perubatan yang melibatkan 380,000 pesakit sukarelawan, hasrat dan doa kita akhirnya terjawab: Kita menemui penawar untuk kanser. 

Bagaimana jika ini benar? Bagaimana ia berfungsi? Berapa banyak nyawa boleh diselamatkan? Dan adakah ia mempunyai kesan sampingan?

Tubuh badan kita mampu untuk menyembuhkan dan memulihkan diri sendiri. Tetapi itu bukan jawapan kepada persoalan ini sebaliknya masalah bagi kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sel-sel yang membentuk badan anda sentiasa menyalin dan membahagikan diri, untuk menjadi sel-sel baru yang akan menggantikan yang lama dan sudah usang.

Tetapi apabila sel lama enggan berundur, inilah apa yang kita sebut sebagai kanser. Ia boleh wujud dalam banyak bentuk, namun apa yang paling penting adalah sel yang jahat yang tidak akan musnah tepat pada waktunya dan kemudian ia membahagikan serta menakluki badan. 

bagaimana kanser terbentuk

Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, mengisytiharkan perang terhadap kanser. Hari ini, kita berada di ambang untuk menamatkan perang ini.

Sehingga kini, lebih dari 250 tahun penyelidikan kanser telah menyebabkan kemajuan yang signifikan dalam kualiti hidup pesakit dan jangka hayat pesakit.

Kita telah mencapai tahap di mana beberapa kanser yang paling kerap didiagnosis mempunyai kadar untuk pulih lebih dari 90% selepas 5 tahun!

Pada tahun 2019, sebuah syarikat bioteknologi Israel mengisytiharkan bahawa ia mempunyai ubat penawar, yang digambarkan sebagai "antibiotik kanser."

Syarikat itu membangunkan molekul toksin yang boleh bersambung kepada satu siri sel kanser dan memusnahkannya dalam satu rawatan.

bagaimana jika kita menemui penawar kanser

Sudah tentu, tuntutan ini menimbulkan ketidakpercayaan orang ramai. 

Pertama sekali, ia adalah kerana sukar untuk membezakan sel-sel yang baik dari yang jahat, maka ada risiko untuk tersalah sasaran.

Tetapi yang lebih penting, "penawar" ini belum diuji pada manusia.

Nasib baik, ini hanyalah salah satu cara penyembuhan yang berpotensi di antara beberapa idea yang sedang diuji.

Rawatan lain mungkin termasuk nanopartikel yang boleh mengawal diri yang direka untuk membunuh sel-sel kanser.

Sementara itu, para saintis juga berusaha untuk menghentikan nutrien daripada memberi makan dan membesar tumor malignan.

Dan tak kisahlah kaedah mana saja sebenarnya yang mampu menyembuhkan kanser, ia tidak bermakna kita boleh membasmi kanser SEPENUHNYA.

manusia sedang cari penawar kanser

Lagipun, penawar yang sedang dicipta hanya menyembuhkan, dan bukan vaksin yang bermaksud kes-kes baru kanser masih akan berlaku.

Oleh kerana mengetahui kanser ada penawarnya, sesetengah orang mungkin mengambil kesempatan dengan memutuskan untuk hidup lebih berbahaya.

Mereka mungkin tidak begitu cenderung untuk berhenti merokok atau untuk makan lebih sihat, melainkan jika mereka tidak dapat meneruskan tabiat buruk mereka.

A.S. mempunyai kadar pemulihan kanser terbaik di dunia, hasil ubat dan teknologi yang canggih. Tetapi semua ini datang dengan kos yang tinggi sehingga menelan berjuta-juta ringgit. 

Sekiranya mana-mana syarikat berjaya membangunkan penawar kanser, pastinya ia akan dijual dengan harga yang tersangat mahal.

pesakit kanser

Kesan ekonomi ke atas penemuan ini akan menjejaskan syarikat-syarikat farmaseutikal di seluruh dunia, serta mereka yang bekerja bagi 70 jawatan perubatan.

Orang di negara membangun mungkin tidak mempunyai akses kepada penawar kanser, yang bermaksud bahawa kehidupan mereka hampir tidak akan terjejas oleh kejayaan ini. Jika ia berlaku, mungkin sangat lambat.

Walaupun ubat untuk kanser mungkin menjadi penawar yang mahal dan eksklusif, ia masih menjadi antara pencapaian terbesar dalam sejarah perubatan.

Dan kita mungkin boleh menggunakan penyelidikan, teknik atau teknologi yang sama untuk memerangi penyakit lain yang berbahaya. mencabar.

Rujukan:

1. What.If

2. NCBI

3. Healthline




Hakcipta iluminasi.com (2017)