Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi antara punca kematian tertinggi di kalangan manusia.

Sehingga kini penyelidikan belum dapat menjawab serta mencegah penyakit kanser daripada berlaku, walaupun secara amnya, manusia sudah memahami sebab kenapa kanser berlaku dan bagaimana hendak merawatnya.

Ini menjadikan penyakit kanser merupakan satu igauan buruk yang besar kemungkinan mengganggu kita semua, berikutan risiko tersembunyi kita dijangkiti. Tetapi, pernahkah anda lihat apa sebenarnya rupa kanser yang menyerang tubuh manusia?

1. Kanser tulang

kanser tulang 7m79

Kanser tulang menyerang tisu-tisu tulang dan kebiasaannya memang wujud dalam bentuk tidak berbahaya (benign) berbanding bentuk bahaya (malignant). Kanser tulang benign tidak merebak, tidak merosakkan tisu yang ada serta tidak membahayakan kesihatan.

kanser tulang

Kanser tulang malignant pula merbahaya kerana dikategorikan sebagai jenis kanser utama. Bagaimanapun kanser tulang jarang berlaku dengan hanya ditemui dalam kadar 1 peratus daripada jumlah kes kanser.

2. Kanser kolon

kanser kolon

Kanser kolon merupakan kanser yang menyerang organ dalaman usus besar serta menjadi antara jenis kanser terbanyak didapati berlaku. Kebiasaannya, kanser kolon bermula dengan pertumbuhan sel yang membentuk 'polyps' pada dinding usus sebelum membesar.

kanser usus

Masalahnya, kanser kolon ini sangat sukar untuk dikesan kerana simptomnya hanya kelihatan ketika sel kanser itu sudah berada pada peringkat tinggi. Walaupun begitu, tanda seperti masalah selalu kurang selesa pada bahagian perut boleh menjadi petunjuk awal seperti kerap cirit birit, berlaku pendarahan dari usus dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

3. Kanser mulut

kanser pada lidah

Kanser mulut atau kanser oral adalah serangan mutasi ke atas bahagian dalam mulut, sehingga membentuk satu lapisan lain pada bahagian tersebut. Kanser ini boleh berlaku pada permukaan lidah, pada bahagian lelangit mulut dan dinding sisinya, gusi dan juga bibir.

kanser mulut

Berikutan kedudukannya yang boleh diakses, simptomnya juga mudah dikesan seperti pembentukan ulser dalam tempoh yang lama, bengkak pada bahagian mulut dan leher, masalah bengkak gusi yang tidak sembuh dan beberapa petunjuk lain. Sekiranya anda merokok dan suka minuman alkohol, anda mempunyai risiko lebih tinggi diserang kanser mulut.

4. Kanser kulit

kanser kulit pada tapak kaki

Kanser kulit boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu melanoma dan carcinoma, dengan kedua-duanya menyebabkan perubahan berlaku pada bahagian kulit anda. Kanser kulit kebiasaannya bermula pada peringkat awal, meninggalkan tompok hitam atau perang pada kulit - seperti tahi lalat.

kanser kulit

Kebiasaannya, kanser kulit berlaku pada bahagian permukaan kulit yang mudah terdedah pada matahari, seperti bahagian punggung dan kulit kepala. Bahagian kulit yang selalu terkena kanser kulit ini adalah pada bahagian belakang badan bagi lelaki dan kaki bagi wanita.

5. Kanser darah

kanser darah tahap kronik

Kanser darah merupakan sejenis kanser yang menakutkan. Terbahagi kepada tiga kategori iaitu leukemia, lymphoma dan myeloma, kanser darah sebenarnya bukannya sekadar menyerang darah semata-mata. Ini kerana kanser darah turut sama menyerang organ tulang rawan yang memainkan peranan menghasilkan sel darah merah baru setiap hari.

kanser pada tulang rawan

Secara mudahnya, sebarang jenis tisu kanser yang menyerang darah serta semua organ yang memainkan peranan dalam penghasilan darah, akan dikategorikan sebagai kanser darah. Bagi pesakit yang mengidap penyakit ini, tubuh mereka akan mengalami pertambahan sel darah yang tidak normal, menyebabkan perubahan besar pada komposisi darah mereka sehingga darah tidak lagi mampu memainkan peranannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)