Oleh pada 12 Sep 2018 kategori

pil perancang kehamilan dan kanser payudara

Apa jua ubat-ubatan dan kaedah rawatan pasti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol juga boleh beri kesan sampingan yang buruk. Doktor yang merawat yang bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudarakan pesakit (benefit outweigh risk)

Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan tersebut memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun terdapat apa-apa conflict of interest.

Perancang keluarga dan kelebihannya

pil perancang

Konsep family planning mempunyai pelbagai kelebihan dan faedah, bukan sahaja dalam usaha menjarakkan kelahiran, pil perancang mempunyai pelbagai kelebihan lain seperti mengurangkan masalah haid seperti senggugut, haid yang tidak tetap, haid yang banyak dan juga haid yang tidak teratur. Pil perancang boleh digunakan untuk merawat PCOS , mengurangkan kejadian ovarian cyst, berguna dalam endometriosis, mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pelvis (PID) , mengurangkan risiko kandungan luar rahim, merawat jerawat teruk dan lain lain - non contraceptive benefits.

Pil perancang menyebabkan kanser?

ketahui risiko pengambilan pil perancang

Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian "observational" yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit. Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan. 

Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul? Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang. 

Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.

Untuk mereka yang ada masalah breast benign (tidak berbagaya) seperti fibroadenoma, sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan pil perancang tanpa was-was. Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TIDAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang. Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara (diri sendiri yang dijangkiti kanser) - TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang 

Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO untuk mendapat 3 jenis kanser -KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR. 

Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang mempunyai mutasi gene BRCA 1/2 yang  berkaitan dengan kanser yang diwarisi. 

Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi.

Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yang menyebabkan kanser payudara dan serviks. 

Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks - iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan tiada ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim. Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika ianya sudah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.

Golongan wanita yang tidak sesuai mengamalkan pil perancang

Take note! Wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan (COCP) : 

  • Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama 
  • Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
  • Ada migraine dengan aura 
  • BMI 35 dan ke atas
  • Tekanan darah tinggi > 160/100
  • Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
  • Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
  • Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour) 
  • Strok
  • Melalui pembedahan yang memakan masa yang lama menyebabkan pesakit tidak bergerak-gerak.
  • Sedang mengalami kanser payu dara atan diri kendiri ada sejarah kanser paya dara 

Dapatkan nasihat pakar sebelum mengamalkan pil perancang

dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum membuat keputusan

Perlu ditegaskan di sini, setiap pesakit yang hendak memulakan pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli secara online atau mendapatkan pil perancang di farmasi semata mata. 

Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan - untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali

Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, cara lain perlu digunakan.lagi perkara yang perlu diingatkan, penggunaan pil perancang TIDAK PERLU ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan memakan pil. 

Elakkan daripada menyebarkan maklumat yang tidak diketahui kebenarannya

tanda tanda kanser payudara

Cerita 'hantu' yang mengaitkan pil perancang dengan risiko kanser serviks dan kanser payudara TIDAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 jenis kanser ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan TIDAK lagi digunakan pada masa sekarang.

Mohon update ilmu, dan bertanya pada mereka yang lebih mahir dalam bidang perancang keluarga sebelum membuat andaian yang tidak sepatutnya dibuat.

Doktor mana yang mahu pesakitnya menghidap kanser ? 


Penulisan asal oleh 

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

(Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan)

Pautan Asal : Facebook Muhammad Izzat


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)