Oleh pada 31 Aug 2017 kategori

Bahaya merokok memang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana individu, termasuklah oleh individu yang merokok sendiri.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan rokok adalah sangat berbahaya dan toksik kepada badan, yang dikaitkan menjadi penyebab pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah asma, sakit jantung, strok, serta barah termasuklah barah paru-paru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, setiap tahun dianggarkan hampir 7 juta nyawa terkorban akibat merokok. Daripada jumlah 7 juta ini, 6 juta daripadanya adalah perokok dan 890,000 lagi adalah 2nd hand smoker. Namun, merokok juga boleh menyebabkan kematian, dengan cara yang anda tak pernah jangka.

merokok 256

Baru-baru ini, seorang lelaki di India yang telah didiagnos mengalami kanser tekak didakwa telah menembak mati rakan sekerjanya, Inayat, yang memperkenalkan rokok kepadanya.

Lelaki berusia 25 tahun itu berang apabila doktor memberitahu bahawa penyakit yang dialaminya itu disebabkan oleh tabiat merokoknya. Beliau kemudian bertindak diluar kawalan dengan dengan menembak rakannya.

Mustakeem Ahmad merupakan seorang chef di sebuah restoran di barat Delhi milik abang ipar mangsa, yang juga seorang chef. Mustakeem dikatakan belajar merokok dan menghisap ganja melalui rakannya itu.

Selepas beberapa lama melakukan tabiat itu, tekak Mustakeem mula berasa tidak selesa dan mengalami jangkitan. 

rokok 24

Situasi itu membuatkan beliau terpaksa berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, barah tekak yang dihidapinya adalah disebabkan tabiat merokok yang berlebihan.

Selain itu, Mustakeem juga dikatakan bencikan rakan sekerjanya itu kerana Inayat lebih bagus dalam pekerjaan mereka. Ia menjadikan Mustakeem lebih marah apabila mendapat berita buruk itu daripada doktor.

Mustakeem juga dikatakan cuba untuk membuatkan Inayat dipecat namun tidak berjaya. Setelah disoalsiasat, polis memberitahu Mustakeem telah membeli pistol dan berlatih menembak terlebih dahulu sebelum melakukan pembunuhan itu, untuk memastikan mangsa benar-benar mati.

Sumber : Independent




Hakcipta iluminasi.com (2017)