Oleh pada 03 Mar 2018 kategori

gambar pasangan ini sebelum dan selepas kanser menyerang pooh

Baru-baru ini tular di Thailand mengenai kisah seorang gadis muda yang tetap setia di sisi teman lelakinya walaupun teman lelaki beliau menderita tumor/kanser yang telah merebak teruk ke seluruh bahagian wajahnya.

Teman wanita yang setia itu, Atittaya Chumkeaw setia dan membantu keluarga menjaga teman lelakinya, Pooh Chokchai Kaew, berumur 21 yang menderita kanser mata yang telah merebak ke seluruh wajah dan mengancam nyawanya. Dikatakan oleh media Thailand bahawa doktor mengesahkan bahawa kanser ini tidak lagi dapat diubati.

wajah pooh sebelum diserang kanser

Atittaya, dari Songkhla, Thailand, telah menyiarkan gambar mereka berdua di media sosial berserta dengan kata-kata: "Ulang tahun ketiga perkenalan kita, Cinta di hati tetap tidak berubah".

Posting tersebut telah menjadi tular dan tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh satu kumpulan yang bernama 'True Buddhism'.

pooh masih boleh berjenaka walaupun menderita kanser

True Buddhism juga telah mengulangi kisah cinta pasangan tersebut dengan menyatakan: "Jejaka muda ini menderita kanser peringkat akhir yang telah merebak ke seluruh wajahnya" di laman Instagram dan Facebook mereka. Hasilnya, kisah ini telah merebak sehingga ke serata dunia termasuklah ke saluran berita antarabangsa.

sokongan tidak berbelah bahagi dari orang yang tersayang

Wakil keluarganya mendedahkan para doktor tidak menemui cara untuk menyembuhkan penyakitnya, tidak kiralah dengan rawatan radiotheraphy atau rawatan chemoteraphy.

Yang menyentuh hati ramai orang ialah, jejaka muda ini tetap bersemangat dan masih berharap keajaiban berlaku dimana harapannya tumor itu akan hilang dimasa akan datang. 

atittaya setia menemani pooh

Apap-apa pun, mereka menyatakan bahawa posting mereka di laman sosial ini bukanlah untuk memberi harapan palsu kepada pesakit-pesakit kanser. Ramai netizen kagum dengan gadis muda ini yang sentiasa berada di sisi pasangannya.

Rata-rata netizen yang menyokong mengatakan kasih sayang yang gadis tersebut berikan kepada teman lelakinya adalah perkara terbaik yang tidak ramai orang lain sanggup lakukan. Diharapkan dengan keazaman pasangan ini boleh menyebabkan keajaiban berlaku.

wajah pooh berubah sepenuhnya akibat kanser

Media tempatan Thailand melaporkan penyakit Pooh bermula sebagai retinoblastoma dan kemudian sel-sel kanser tersebut merebak ke seluruh wajahnya. Kanser ini adalah sukar untuk dirawat kerana ianya telah menjangkiti saraf-saraf yang ada di muka dan kepala.

gambar pasangan bahagia ini sebelum kejadian yang menimpa

Para doktor dilaporkan percaya hanya sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kepada pesakit ini memandangkan situasi kanser tersebut agak teruk, namun pesakit ini tetap tidak berputus asa dan kuat keazamannya.

inspirasi kepada semua pesakit kanser di seluruh dunia

Atittaya dan Pooh berkata mereka gembira kerana 'terkenal' serata dunia dan di laman sosial. Mereka juga mengharapkan kesihatan yang lebih baik di masa hadapan. Tidak hanya untuk mereka, tetapi juga untuk pesakit-pesakit kanser di seluruh dunia.

pooh tidak berputus asa melawan penyakitnya

Seorang selebriti terknal di Thailand telah memberi maklumbalas di media sosial dengan menyatakan "Saya percaya ini adalah cara yang sangat indah untuk merealisasikan sesuatu keajaiban".

Apa-apa pun, kami di Iluminasi menyokong penuh keazaman pasangan ini. Semoga penyakit Pooh hilang dan kembali pulih seperti sediakala. Kita yang masih dalam keadaan sihat ini pun belum tentu lagi apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Harapan kami, sifat azam yang kuat ini menjadi contoh tauladan kepada kami sendiri, rakan-rakan dan masyarakat semua.

Rujukan: www.dailymail.co.uk


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)