Roller coaster bukanlah sesuatu yang dikaitkan dengan manfaat kesihatan. Walaupun ia selamat untuk dinaiki, roller coaster dirasakan sangat berbahaya dan membuatkan orang yang menaikinya menjadi takut.

Namun begitu, masih ramai yang gemar menaiki roller coaster dan mungkin rasa takut inilah yang menjadi penyebab mengapa sebilangan orang sanggup menunggu berjam-jam hanya untuk menaiki roller coaster selama 30 saat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

The New York Times melaporkan bahawa sesetengah orang terutamanya mereka yang mempunyai keperibadian gemar mencari sesuatu yang mendebarkan sebenarnya menginginkan ketakutan.

Individu yang menikmati keseronokan dan ketakutan menaiki roller coaster mungkin mempunyai struktur otak yang sedikit berbeza daripada orang lain.

naik roller coaster baik untuk kesihatan

Mereka mungkin mempunyai sedikit ketidakseimbangan dari segi bahan kimia dalam otak yang menyebabkan mereka mahu meningkatkan tahap ghairah dan keseronokan.

Apa yang menariknya adalah ketakutan menaiki roller coaster ini juga boleh membawa kebaikan kepada kesihatan (kecuali wanita hamil, pesakit jantung dan kardiovaskular).

iluminasi.com kongsikan 5 kebaikan kesihatan menaiki roller coaster.

1. Keluarkan batu karang

naik roller coaster boleh keluarkan batu karang

Mungkin ramai di antara kita tidak pernah terfikir bahawa menaiki menaiki roller coaster boleh mengeluarkan batu karang.

Walaupun ia kedengaran seperti agak pelik, namun menurut kajian, ia boleh berlaku.

Journal of the American Osteopathic Association mendapati bahawa lonjakan pergerakan berkelajuan tinggi roller coaster mampu membuatkan batu karang terkeluar dari badan pesakit, terutamanya jika mereka duduk di tempat duduk belakang roller coaster.

2. Hilangkan stress

manfaat naik roller coaster

Satu teori yang menjelaskan mengapa menaiki roller coaster dirasakan sangat menyeronokkan mempunyai kaitan dengan menghilangkan tekanan atau stress.

Dr. Epstein, seorang ahli psikologi di University of Massachusetts, memberitahu New York Times bahawa, "Konsentrasi penuh yang dapat mengosongkan minda dari segalanya sementara waktu dapat melegakan anda dari semua konflik yang dialami. Walaupun ia menakutkan, ia adalah satu cara untuk mengusir fikiran yang mengganggu,".

Menaiki roller coaster dapat membantu anda melupakan semua masalah harian, walaupun hanya untuk beberapa saat sahaja.

3. Membantu melawan fobia

naik roller coaster bantu hilangkan fobia

Sekiranya anda pernah mengatasi rasa takut terhadap ketinggian atau apa-apa fobia, kemungkinan besar anda akan berasa sangat gembira dan bebas selepas ia berlaku.

Perkara yang sama boleh berlaku dengan menaiki roller coaster di mana ia dapat mengatasi rasa takut anda.

Dan dengan ini, anda akan menjadi lebih yakin dan berani dalam segala aspek kehidupan yang lain.

Fobia juga boleh memberi kesan fisiologi yang sangat terbatas, seperti berpeluh dan gementar, jadi menghilangkan rasa fobia dengan menaiki roller coaster dapat membantu masalah ini daripada berlanjutan.

4. Baik untuk jantung

roller coaster baik untuk jantung

Roller coaster (dan juga aktiviti mendebarkan yang lain) biasanya disertai dengan pernafasan yang laju, tetapi itu tidak bermakna bahawa ia buruk bagi pesakit asma.

Malah, satu kajian yang dilaporkan oleh Perpustakaan Perubatan Nasional Amerika Syarikat melaporkan bahawa pesakit asma mencatatkan pernafasan yang lebih normal semasa dan selepas menaiki roller coaster.

Walaupun begitu, jika anda adalah seorang pesakit asma, anda tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian sebelum mendapatkan nasihat daripada doktor.

5. Mengenal pasti gejala tidak aktif

roller coaster bantu kesan tumor otak sally dare

Salah satu sebab mengapa kita seronok menaiki roller coaster adalah kerana ia dapat membuatkan berasa tidak selesa dalam keadaan tertentu.

Dan ini adalah perkara yang membantu seorang wanita Inggeris menyedari bahawa dia mempunyai tumor otak yang sebelum ini langsung tidak dikesan.

Menurut Daily Mail, Sally Dare mula berasa sakit kepala dan pening-pening selepas menaiki roller coaster di Florida.

Apabila keadaan itu menjadi semakin teruk, Sally menemui doktor dan didiagnosis menderita tumor otak.

Pergerakan roller coaster kemungkinan melonggarkan tumor tersebut dan membuatkannya dapat dikesan lebih awal.

Keadaannya bertambah buruk, dia pergi berjumpa doktor dan didiagnosis menderita tumor otak.

Rujukan:

1. BBC

2. Miami Herald

3. Little Things




Hakcipta iluminasi.com (2017)