Taugeh amat popular dalam masakan terutama kuetiau goreng dan seumpamanya kerana tanpa adanya taugeh rasanya kurang enak. Tetapi, kalau nak sebut pasal taugeh ini ramai yang tidak suka malahan benci terhadap taugeh.

Golongan anti-taugeh ini mungkin disebabkan sejak dari kecil lagi tidak makan taugeh, jadi apabila dah besar menjadi amat sukar untuk menelannya. Mesti akan ada yang asingkan taugeh sebelum makan bukan? Sebelum ini ramai yang cakap taugeh tidak elok dimakan, tetapi itu sebenarnya adalah taugeh yang dihasilkan secara kimia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Banyak sebenarnya kebaikan taugeh. Ini antara 5 khasiat taugeh yang ramai tidak tahu :

1. Taugeh mengurangkan lemak

kebaikan taugeh 2

Ini yang paling seronok sebab taugeh membantu untuk mengurangkan lemak di dalam badan kita. Untuk mereka yang berisiko mendapat penyakit strok dan serangan jantung disebabkan kadar lemak yang tinggi, jika mengamalkan makan taugeh, ia dapat menyisihkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.

2. Taugeh mencegah kanser

kebaikan taugeh 3

Taugeh dapat mencegah kanser dari berlaku kerana ia mengandungi zat yang mampu melumpuhkan permulaan awal kanser tersebut. Selain itu, ia juga dapat mencegah penyakit usus dan pankreas. Bagi wanita yang sering makan taugeh, ia juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

3. Taugeh bantu melambatkan penuaan (awet muda)

kebaikan taugeh 4

Ya, antara salah satu faktor untuk awet muda adalah dengan makan taugeh kerana ia kaya dengan antioksida. Sesiapa yang ingin nampak muda bolehlah amalkan makan taugeh selepas ini. 

4. Taugeh merawat kesuburan

Setiap sayur-sayuran ada fungsinya untuk kesihatan diri kita. Tahukah anda bahawa taugeh juga dapat membantu kesuburan lelaki dan wanita? Untuk lelaki yang selalu makan taugeh dapat menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti. Bagi wanita pula, ia dapat membantu kesuburan telur atau ovum wanita.

5. Taugeh membuang kotoran dalam tubuh

img 20220721 084533

Taugeh juga boleh membantu dalam membuang kotoran di dalam usus besar kita kerana ia mengandungi banyak serat dan air. Jadi, selepas kotoran tersebut dihapuskan, tiada lagi zat-zat beracun di dalam kotoran yang dapat diserap tubuh.

Sesetengah orang alah kepada protein yang terdapat dalam taugeh dan dengan itu mereka disyorkan untuk tidak memakannya sama sekali. Kalau tidak boleh makan taugeh, jangan paksa diri anda. Oleh itu, pastikan taugeh itu segar, tidak berubah warna dan tidak berbau jika telah lama disimpan sebelum anda makan. Hal ini kerana bakteria dapat membiak jika dibiarkan terlalu lama.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)