Oleh pada 08 May 2018 kategori

Pelancongan adalah satu industri yang sangat penting bagi sesebuah negara dalam menjana ekonomi yang sangat baik. Pelancong-pelancong yang datang ke sesebuah negara biasanya akan berbelanja dan ini secara langsung meningkatkan KDNK negara tersebut.

Bagi negara-negara yang mempunyai destinasi pelancongan menarik, ia menjadi satu kelebihan. Namun, tak semua lokasi menarik mampu bertahan memberikan manfaat yang diharapkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesetengah lokasi panas yang menjadi tumpuan pelancong juga mampu memberikan kesan buruk jika ia tidak dikawal dengan baik. iluminasi.com ingin kongsikan antara 6 lokasi pelancongan yang rosak akibat pelancong.

1. Iceland

iceland destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong

Iceland telah menyaksikan peningkatan pelancong dan pelawat yang sangat dramatik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Salah satu faktor utama adalah kerana kesan daripada "Game of Thrones", yang mana pelancong ingin mengambil peluang bergambar mereka dengan landskap dramatik seperti dalam siri TV ini. 

Ia ditambah pula dengan penerbangan murah dan beberapa kempen pemasaran yang sangat berkesan, menjadikan negara ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular di dunia.

Di antara tahun 2011 hingga 2015, jumlah pelancong telah berganda daripada 560,000 kepada lebih daripada 1 juta orang. Pada tahun 2016, jumlah pelancong dari Amerika Syarikat telah melebihi daripada jumlah populasi Iceland.

iceland destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong 2

Baru-baru ini, Iceland telah disamakan dengan Disneyland oleh seorang ahli politik tempatan yang mengadu bahawa kawasa itu kini terlalu sesak dengan pelancong. Walaupun kemasukan pelancong merangsang pertumbuhan ekonomi Iceland selepas kemelesetan, namun ia juga meningkatkan harga-harga dan memberikan tekanan kepada infrastruktur.

Penduduk tempatan mengadu bahawa pelancong telah memusnahkan ekosistem yang rapuh dan melakukan kerosakan terhadap tapak semulajadi ini.

2. Cuba

cuba destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong

Menurut Kementerian Pelancongan Cuba, 4 juta pelancong telah mengunjungi negara ini pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 13% daripada tahun sebelumnya. Pertambahan yang sangat mendadak ini memberikan beberapa kesan buruk kepada Cuba.

Antara kesan-kesannya termasuklah menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan barangan asas telah menjadi sesuatu yang tidak lagi mampu dibeli oleh orang tempatan. Hotel dan restoran membeli bekalan secara pukal untuk tetamu menyebabkan harga melambung naik dan membuatkan barangan menjadi terhad kepada penduduk setempat.

Situasi ini diakui oleh kerajaan cuba yang telah meletakkan paras maksimum yang sepatutnya terhadap barangan supaya mampu dibeli oleh populasi Cuba dan ini hanya menggalakkan peniaga untuk menjual produk mereka di pasaran gelap.

3. New Zealand

new zealand destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong 2

New Zealand mempunyai tarikan yang serupa seperti Iceland, iaitu landskap yang lasak dan tidak tersentuh yang mana digunakan sebagai latar belakang dalam filem seperti "The Lord of the Rings" dan "The Hobbit". 

Industri pelancongan adalah tersangat penting bagi ekonomi New Zealand yang mana menyumbang sebanyak RM38.3 bilion kepada KDNK setiap tahun dan merangkumi 7.5% daripada tenaga kerja negara ini.

new zealand destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong

Namun, penduduk tempatan mengadu bahawa pelancong yang dibenarkan berkhemah dan berkeliaran ke mana sahaja mereka suka sering tidak menghormati alam sekitar negara ini. New Zealand juga tidak mempunyai infrastruktur untuk menanggani sampah sarap dan najis manusia yang mana sering ditinggalkan oleh pelancong.

Juga berlakunya kekurangan hotel dan tempat letak kereta serta tandas awam. Dalam satu survey yang dijalankan pada Mac 2017 terhadap 500 penduduk, 35% daripadanya mengatakan bahawa industri pelancongan menjadi sesuatu yang memberikan tekanan kepada New Zealand.

4. Santorini, Greece

santorini destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong

Dengan pemandangan yang tersangat indah dan terkenal dengan binaan putih atas bukit menghadap lautan biru, Santorini merupakan antara salah satu lokasi pelancongan yang paling indah di dunia. 

Lokasi ini telah menjadi latar belakang pilihan oleh pengguna instagram dan travel bloggers. Pada tahun 2015, bilangan kapal pelayaran yang sangat tinggi direkodkan di Santorini, yang membawa seramai 10,000 pelancong setiap hari ketika musim panas yang memuncak.

Disebabkan keadaan ini membuatkan kasawan tersebut menjadi terlalu sesak dan tidak terkawal, pihak berkuasa telah mengehadkan kemasukan pelancong kepada 8,000 orang sahaja setiap hari, pada musim panas seterusnya.

5. Pantai Khinzir, Bahamas

pantai khinzir bahamas destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong 2

Sekumpulan khinzir yang sudah lama mendiami kawasan ini kelihatan berenang-renang di pantai di Bahamas yang mana menjadi tarikan utama kepada pelancong. Namun pada Februari 2017, tujuh ekor khinzir tersebut ditemui mati.

Laporan awal mendakwa bahawa haiwan-haiwan ini telah diberikan minuman keras dan makanan oleh pelawat. Kemudian laporan yang dibuat oleh National Geographic memberitahu bahawa kumpulan khinzir tersebut mati berkemungkinan disebabkan termakan pasir, namun pelancong juga menyumbang kepada insiden tersebut. 

Seorang inspektor daripada Bahamas Humane Society mendakwa bahawa khinzir-khinzir ini telah menjadi bergantung kepada makanan ringan yang diberikan oleh pelancong membuatkan haiwan ini mengubah gaya hidup mereka secara keseluruhan, menyumbang kepada kematian.

6. Tulum, Mexico

tulum destinasi pelancongan popular yang dirosakkan pelancong 2

Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh para pelancong untuk datang ke Tulum, Mexico untuk bersantai di pantai yang sangat putih dan melepak di pondok-pondok yang nyaman ini. Pekan pantai ini telah berubah daripada sebuah lokasi yang sunyi kepada tempat tumpuan yang mana terletaknya antara restoran terbaik di dunia, Noma, yang menyediakan hidangan berharga RM2,000 setiap seorang.

Namun, menurut siasatan yang dilakukan oleh Newsweek, pekan ini bergelut untuk menyesuaikan diri dengan populasi baru dan hotel-hotel tempatan telah mencemarkan ekosistem serta membuang kotoran mentah ke dalam sungai berdekatan.

Seorang aktivis tempatan menyifatkan situasi ini sebagai "bom masa", menjelaskan bahawa tiada proses yang berkesan untuk menangani sisa-sisa yang dibuang ditengah-tengah hutan di sini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)