Oleh pada 06 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Facebook McDonald's

Oleh kerana sambutan yang di luar jangkaan, ayam goreng berperisa pedas keluaran restoran makanan segera terkemuka, McDonald's telahpun kehabisan stok dan akan kembali dijual pada hari Jumaat ini.

Pihak McDonald's menerusi akaun Facebooknya mengumumkan perkara itu bagi menjawab persoalan orang ramai yang hampa kerana ayam goreng mereka seringkali tiada di kebanyakan cawangan.

Jika anda masih teringin Ayam Goreng McD, apa kata cuba perisa biasa.


Ayam Goreng McD pedas akan dijual semula bermula Jumaat (7 April).

Sumber: Facebook McDonald's

Ternyata, video iklan promosi terbaru set ayam goreng McDonald's yang menjadi tular sejak bulan lepas itu mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih sejuta orang sehingga kini.

Bermula 20 Mac hingga 23 April ini, cabaran #MostAwesomeBite dianjurkan dimana pengguna perlu merakam video pengalaman mereka merasai ayam goreng McDonald's untuk memenangi hadiah berupa baucar tunai.




Hakcipta iluminasi.com (2017)