Kredit: Instagram @bena1i
Pelakon, Ben Ali dan Nadiyah Shahab kini membuka kios pertama perniagaan mereka, Absolut Chocolat di Mid Valley Megamall selepas hampir lebih 3 tahun jenama tersebut berada di pasaran dalam talian.
"Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang perlu kami tempuhi terlebih dahulu sebelum berjaya menembus masuk ke pasaran pusat beli belah, akhirnya tercapai juga impian kami untuk memiliki kedai fizikal pertama ini.
"Ia bagaikan mimpi," tulis Ben Ali di Instagram.
Dengan kejayaan ini, pasangan suami isteri ini percaya mampu untuk merperluaskan lagi demografik pelanggan yang kini sudah mula terdiri daripada pelbagai kaum.
"Sebagai seorang usahawan Bumiputera, kami amat menghargai sokongan yang anda semua berikan.
"Produk 'food and beverage' (F&B) adalah perniagaan yang mampu menyatukan semua bangsa," ulasnya.
Mahu menjadikan Absolut Chocolat sebagai sebuah jenama keluarga sebaris dengan jenama-jenama besar yang lain, mereka akan terus berusaha mengharungi segala cabaran mendatang.
"Sudah tentulah ini suatu permulaan yang baharu bagi kami di pasaran 'offline'. Banyak lagi yang perlu kami pelajari untuk terus maju kehadapan.
"Melalui konsep yang kami bawa ini, kami berharap supaya suatu hari nanti jenama Absolut Chocolat bukan sahaja dikenali di Malaysia, bahkan diterima di serata dunia," jelasnya.
Menurutnya lagi, ada yang mengingatkan bahawa jenama ini berasal dari luar negara.
"Absolut Chocolat adalah 100% jenama tempatan yang dicipta dan juga dihasilkan di Malaysia," tegasnya.
Sama-sama berkongsi rezeki, mereka juga berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu seberapa banyak yang mungkin melalui perniagaan tersebut.
"Saya menjemput semua untuk beramai-ramai singgah ke kios ini yang terletak di LG-18 di Mid Valley Megamall.
"Sokongan, dorongan berserta doa anda amatlah kami harapkan," akhirinya.
Komen Pilihan
Ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan peminat.
Terdapat juga komen membuktikan pelanggan mereka sememangnya bukan terdiri daripada bangsa Melayu sahaja.
"Saya sudah pergi ke sana minggu lalu. Tetapi, tidak tercapai hasrat kerana ramai pelanggan berbangsa Cina beratur," tulis seorang netizen.
Sumber: Instagram Ben Ali