hitobashira

Jika kita baca sejarah-sejarah zaman dahulu, kita akan dapat lihat beberapa ritual korban manusia yang dilakukan atas pelbagai sebab antaranya untuk upacara keagamaan. Ritual korban manusia ini juga pernah diamalkan di Jepun pada abad ke 16 dahulu.

Sehingga abad ke-16 di Jepun, projek pembinaan utama seperti istana dan jambatan biasanya akan bermula dengan upacara ritual pengorbanan manusia dengan mangsadikebumikan hidup-hidup di dalam tapak asas binaan tersebut atau di dalam tiang.

Amalan ini dikenali sebagai hitobashira atau da sheng zhuang. Rakyat tempatan pada zaman itu percaya pergerakan bumi semasa pembinaan berskala besar akan mengganggu "fengshui" tanah dan hal ini akan menyebabkan kemalangan semasa dan selepas pembinaan.

Oleh itu, pengorbanan sedemikian adalah perlu untuk menenangkan dewa-dewa supaya bangunan itu tidak musnah akibat bencana alam seperti banjir atau serangan musuh.

Catatan sejarah mengenai hitobashira

tiang korban manusia

Rekod bertulis terawal mengenai ritual hitobashira boleh didapati dalam Nihon Shoki (The Chronicles of Japan) yang menceritakan kisah yang kononnya berlaku pada awal 300-an Masihi. Dua sungai bernama Kitakawa dan Mamuta terus banjir dan menyebabkan pelbagai jenis kerosakan dan kehilangan nyawa.

Maharaja pada masa itu, Maharaja Nintoku, dikhabarkan mendapat petunjuk dalam salah satu mimpinya yang sangat spesifik. Dia diberitahu bahawa ada seorang bernama Kowakubi yang tinggal di wilayah Musashi, dan seorang lagi bernama Koromono-ko yang tinggal di wilayah Kawachi.

Maharaja Nintoku diberitahu jika dua orang ini dapat ditemui dan dikorbankan yakni seorang kepada setiap dewa sungai, maka banjir dan kemusnahan akan berhenti.

Kedua-dua Kowakubi dan Koromono-ko ditemui dan ditangkap. Kowakubi yang malang itu dilemparkan ke dalam sungai Kitakawa, dengan doa yang dipanjatkan kepada dewa sungai itu.

Namun, berlainan pula nasib Koromono-ko yang menggunakan kepandaiannya untuk menyelamatka diri. Pada hari pengorbanannya, Koromono-ko membawa dua labu bersamanya dan menghadap dewa sungai secara langsung lalu berkata “Saya datang ke sini untuk mengorbankan nyawa saya kepada-Mu, kerana Engkau mendatangkan malapetaka kepada penduduk daerah ini".

Tambahnya lagi "Jika kamu benar-benar mahukan nyawaku, tenggelamkan labu-labu ini supaya tidak terapung lagi, maka aku akan mengenali Engkau sebagai dewa sejati sungai ini dan aku persembahkan tubuhku kepadamu. Tetapi jika kamu tidak dapat menenggelamkannya, kamu bukanlah dewa yang sebenar, dan sia-sialah aku membuang nyawaku”.

Sudah tentu labu itu tidak tenggelam dan Koromono-ko berjalan bebas, terselamat daripada menjadi mangsa korban akibat ritual hitobashira ini.

Versi lain asal-usul hitobashira

ritual hitobashira

Satu lagi kisah Hitobashira menyelamatkan sebuah kampung daripada kemurkaan sungai termaktub dalam ingatan penduduk Aihara di wilayah Buzen. Kuil Usa-hachiman, pada abad ke-12, ditadbir oleh Yuya-danjo Motonobu dan enam orang ketua yang lain.

Tetapi rakyat menderita setiap tahun akibat banjir sungai Yamakuni. Tujuh orang pentadbir ini bersembahyang ke kuil Hachiman siang dan malam selama seminggu penuh. Apabila usaha itu tidak berjaya, mereka memutuskan bahawa persembahan korban manusia perlu dibuat.

Tetapi mereka tidak dapat mencari seorang lelaki yang sanggup menyerahkan nyawanya. Kemudian Yuya-danjo melamar enam rakannya untuk menanggalkan seluar mereka dan membuangnya ke dalam sungai. Orang yang seluarnya tenggelam harus mempersembahkan nyawanya kepada dewa.

img 20211118 101847

Yang lain bersetuju dan masing-masing mencampakkan seluar ke dalam air. Malangnya! seluar Yuya-danjo tenggelam dan nyawanya terkorban. Salah seorang pengikut setia Yuya-danjo mempunyai seorang anak perempuan bernama Tsuru yang apabila dia mendengar tentang nasib tuannya, memohon untuk diizinkan untuk memberikan nyawanya bersama dengan anaknya Ichitaro, bagi pihak tuan mereka.

Ini ditolak, masing-masing secara berasingan menawarkan nyawa mereka kepada dewa. Berikutan pengorbanan itu, tebing sungai berhenti melimpah dan tiada banjir yang dialami sehingga zaman moden.

Hitobashira dan pembinaan binaan besar

ritual korban manusia

Tradisi Hitobashira hampir selalu diamalkan bersama-sama dengan pembinaan projek yang kompleks, berbahaya, selalunya berkaitan dengan air seperti jambatan. Yasutomi-ki, sebuah diari dari abad ke-15, mendokumentasikan tradisi terkenal "Nagara-no Hitobashira"

Mengikut tradisi, seorang wanita yang membawa kanak-kanak lelaki di belakangnya ditangkap semasa dia melalui sungai Nagara dan dikebumikan di tempat di mana jambatan besar itu akan dibina.

Tradisi pengorbanan manusia juga berkaitan dengan pembinaan istana besar. Istana Maruoka adalah salah satu istana tertua yang masi  berdiri kukuh di Jepun yang dikhabarkan telah dibina dengan hitobashira. Apabila Shibata Katsutoyo, anak saudara Shibata Katsuie, sedang membina sebuah istana di Maruoka, dinding batu istana itu terus runtuh tidak kira berapa kali ia dipasang.

Terdapat seorang vasal yang mencadangkan bahawa mereka harus menjadikan seseorang sebagai korban. O-shizu, seorang wanita bermata satu yang mempunyai dua orang anak dan hidup miskin, dipilih sebagai Hitobashira. O-shizu menuntut salah seorang anaknya dijadikan samurai sebagai bayaran pengorbanannya itu.

Hitobashira pada zaman moden

Kisah-kisah pengorbanan manusia ini paling banyak direkodkan pada zaman pemerintahan Tokugawa, iaitu, selama tiga abad yang lalu. Ritual korban manusi ini menjadi semakin jarang didengari dan diamalkan lagi apabila masyarakat semakin matang.

Kini banyak masyarakat Jepun melakukan pengorbanan olok-olok dan upacara yang rumit di kuil, seperti yang terdapat di kuil Sakato-no di Sakato-ichiba di wilayah Kazusa dan kuil Juzo di Wajima-cho di wilayah Noto.

Kredit:

  1. The Open Court
  2. Amusing Planet
  3. Wikipedia
  4. Yokai


Hakcipta iluminasi.com (2017)