Penyanyi Elly Mazlein memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram yang menampakkan ketumbuhan di bahagian hidungnya.

Malah bekas peserta Gegar Vaganza itu turut mencetuskan pertanyaan kepada para pengikutnya - "Adakah awak masih cinta saya walaupun hidung saya ada 3?"

hidung elly mazlein dapat ketumbuhan 2

Namun, buat peminat Elly janganlah terlalu cemas kerana ia hanyalah kesan solekan khas yang dibuat demi menjayakan watak terbarunya dalam lakonan.

Elly sedang menjalani penggambaran untuk program berjudul Ngaroot yang akan ke udara di saluran Astro Warna tidak lama lagi.

Sementara itu, di ruangan komen, netizen menyambut baik soalan Elly dengan turut sama memberikan gurauan balas.

@lina_mohd_ghauth: Apa besar sangat jerawat tu, Cik Lina Pom Pom?

@qaseehcahaya: Lima pun tak apa. Tetap sayang.

@sitinurzulaikhabalqisha: Awak tetap cantik. Hihi.

@sweet_zulaika5288: Akak Elly tetap comel walaupun ada 3 hidung.

@hanaafi_saman: Saya tetap cinta awak. Sebab saya cinta dengan hati awak, bukan hidung awak. Gitu.

@somerandomdude: Walaupun rupamu tidak ku kenali, tetapi lubang ketiga-tiga hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku.

Mengenai perkembangan terbaru, Elly kini sedang popular dengan lagu berjudul Jeritan Hati ciptaan Manusia Putih dan Natasyah.

hidung elly mazlein dapat ketumbuhan 3

hidung elly mazlein dapat ketumbuhan 4

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein




Hakcipta iluminasi.com (2017)