elly 1 269

Kredit foto: malaysianaccess.com

Penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa sedih apabila menyedari akaun Instagramnya telah digodam kira-kira jam 10 pagi semalam. 

Menerusi kenyataannya, Elly memberitahu kegagalannya untuk mengakses akaun tersebut sebelum menyedari situasi sebenar. 

Seperti biasa saya cuba masuk ke akaun Instagram tetapi gagal. Apabila disiasat, rupa-rupanya ia sudah digodam.
Sumber: Harian Metro
Elly mengakui berasa terkesan kerana akaun tersebut menyimpan seribu satu foto kenangan dia bersama anak. 
Malah, laman tersebut turut dijadikan periuk nasinya dalam mempromosikan perniagaan, selain meraih undi peminat bersempena Anugerah Bintang Popular ke-30 yang bakal berlangsung. 
Saya banyak berkongsi perkembangan anak, Sefhia menerusi Instagram selain bercerita perihal kerjaya. Sedikit-sebanyak memang sedih apabila semua koleksi gambar dipadam. Selain itu, Instagram menjadi tempat untuk saya berkempen Super Karoks dan macam-macam lagi. Bila jadi begini memang sedih. Apa pun, saya sudah maafkan siapa yang melakukannya. Insya-Allah petang ini saya akan buka akaun Instagram baru.
Sumber: Harian Metro  
Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, hasil pemantauan kami ke akaun Instagram Elly pada pagi ini mendapati penyanyi tersebut telahpun berjaya mendapatkan akaunnya semula.

tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)