Kredit foto: unlockastrology.com

Hero drama bersiri televisyen popular 'The Flash', Thomas Grant Gustin disahkan bertunang dengan seorang wanita separuh Kadazan bernama Andrea Thoma.

Menerusi Instagram, mereka berdua dikhabarkan telahpun bertunang pada hujung bulan lepas berdasarkan sebuah foto menunjukkan Thoma memeluk tunangnya itu sambil menayang cincin pertunangan mereka dengan penuh rasa teruja.

hero siri tv popular the flash bertunang dengan gadis sabah 1

Kredit foto: Instagram @leelarothenberg

Difahamkan, Thoma mempunyai darah kacukan Sabah melalui ibunya, malahan juga pernah memuatnaik foto bersama keluarganya memakai pakaian tradisional Kadazan.

hero siri tv popular the flash bertunang dengan gadis sabah 2

Kredit foto: instagram.com/lathoma3

Sumber: siakapkeli.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)