Oleh pada 11 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Penyanyi kontroversi, Haqiem Rusli memberitahu dirinya sentiasa mengingatkan para pengikut agar tidak menghentam selebriti lain semata-mata untuk mempertahankannya.

Haqiem berkata, pesanan sedemikian dilontarkannya kepada umum setiap kali mengadakan persembahan.

“Setiap kali persembahan, saya akan minta mereka tidak menghentam atau ‘bash’ orang lain yang bercakap mengenai saya.

“Saya mengingatkan mereka supaya menyokong artis lain juga yang berada di dalam industri,” dedahnya kepada Harian Metro.

Katanya, dia menyedari perlakuan buruk peminat itu hanya akan menimbulkan pergaduhan yang seterusnya memberikan kesan buruk kepadanya.

hentam orang lain beri kesan pada saya juga haqiem rusli 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

“Apa yang mereka buat contohnya menghentam orang lain untuk mempertahankan saya, akan beri kesan kepada diri saya juga.

“Kerana itu, akan timbul pergaduhan antara peminat dan mereka yang bencikan saya. Buat apa perlu bergaduh,” katanya.

Diminta mengulas perkembangan rawatan kemurungan yang dihidapinya sebelum ini, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli, 20, itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan.

“Saya tak mahu komen apa-apa mengenainya,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, muzik video single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang yang dilancarkan di laman Youtube kini meraih hampir 5 juta tontonan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)