Kredit foto: Sinar Harian

Akhirnya selepas beberapa spekulasi, penyanyi Hafiz Hamidun secara rasmi mengumumkan bakal menikahi seorang wanita bergelar ibu tunggal. Dalam kenyataan tersebut Hafiz menyatakan beliau bakal melakukan pernikahan terus tanpa sebarang majlis pertunangan. 

Manakala mengikut perancangan, majlis pernikahan akan diadakan sebelum Ramadhan tahun ini. Berikut kenyataan penuh beliau:

Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. 

Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya.

Kami kenal antara satu sama lain sudah lama. Tapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius. 

Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya. 

Sebelum ini saya tak pernah fokus mengenai hal peribadi. Saya sedar perancangan sebelum ini tak menjadi kerana asyik sibuk dengan karier. Tapi kali ini saya serius, saya sudah bersedia untuk kahwin. 

Sumber: mStar Online

Bagaimanapun persoalan yang lebih besar sekarang, siapa agaknya gerangan wanita tersebut yang masih belum didedahkan identitinya. Pasti ramai peminat tak sabar menanti. 

Apapun tahniah diucapkan buat Hafiz Hamidun dan pasangan. Semoga segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. 

Sumber berita: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)