terima khidmat hafiz hamidun anis al idrus sedia berdepan kontroversi

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun & Instagram Anis Al-Idrus

Aktres Anis Al-Idrus yang akan terbit dengan single baharu ciptaan Hafiz Hamidun memberitahu, dia sedia berhadapan dengan kontroversi dalam karier nyanyiannya.

Jelas Anis, lagu yang diberi judul 'Tak Guna' itu berkisar tentang luahan seseorang kepada kekasihnya dalam percintaan.

"Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.

"Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.

"Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.

"Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya.

"Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai," katanya menurut laporan Astro Gempak.

Terdahulu, Anis muncul dengan single sulung berjudul Mengapa, tahun lalu.

Menyentuh kerjayanya sebagai penyanyi, wanita berusia 29 tahun ini berkata dia serius menceburi bidang itu sekaligus berharap ia akan bergerak seiring dengan kerjaya seninya yang lain.

"Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan.

"Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa. Menyanyi ini salah satunya," jelasnya.

Malah pelakon yang membintangi drama Duda Terlajak Laris ini sudah bersedia untuk tampil dengan sebuah lagi single baru.

"Selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini," dedahnya.

Dalam perkembangan lain, Anis kini menjalani rakaman program Dia Pertama, memegang peranan sebagai hos yang menemuramah individu yang berjasa dalam pelbagai bidang.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)