hafiz hamidun jawab soal kahwin lagi 1

Sudah sedaya upaya mempertahankan rumah tangga yang dibina, penyanyi, Hafiz Hamidun akur apabila apa yang dirancangkan tidak kesampaian.

Akui Hafiz, apa yang diimpikannya sebelum ini tidaklah semanis seperti yang diharapkan.

Namun, jauh di sudut hati, dirinya tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya menjadikan kisah silam itu sebagai teladan dalam mengorak langkah baru ke hadapan.

"Perancangan untuk berumahtangga berjaya namun tidak seindah yang dijangka. Walaupun saya cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, ia berakhir dengan keadaan yang rumit.

"Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku menjadi pengajaran buat diri saya.," katanya kepada portal Kosmo Online.

Pada masa sama, penyanyi berusia 33 tahun ini meminta sedikit masa untuk menenangkan fikirannya yang masih terbelenggu dek kerana sejarah pahit itu.

hafiz hamidun jawab soal kahwin lagi 2

"Beri saya tempoh setahun dua untuk melupakan episod hitam ini. Jodoh dan rezeki semua adalah di luar kuasa saya," katanya.

Sementara itu, Hafiz memohon agar dia diberi ruang untuk memperbaiki jalan kehidupannya.

Malah, dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga lagi sekiranya seru sudah sampai.

"Biar saya perbetulkan hidup saya semula. Kalau jodoh datang, siapa saya untuk menolaknya," katanya lagi.

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun
Sumber berita: Kosmo Online 

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)