Kredit foto: Astro Gempak

Vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves sah bergelar suami kepada Noorliana Umar, 36, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Surau Damansara Perdana pada hari ini (Ahad).

Neves atau nama penuhnya, Raizan Zainal Abidin, 43, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Umar Ackiyak sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin berserta wang hantaran dengan jumlah yang dirahsiakan.

Majlis dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.

Dalam pada itu, Neves yang ditemui melahirkan kesyukuran kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan semoga perkahwinan kami diberkati hingga akhir hayat," katanya memetik portal Mstar Online.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)