Oleh pada 12 Feb 2018 kategori

Dalam dunia masakan, Gordon Ramsey merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau terkenal dengan sifatnya yang garang sewaktu mengacarakan rancangan masakan di televisyen.

Gordon Ramsey juga merupakan chef terkenal dan terkaya di dunia. Beliau juga merupakan antara chef yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin. Walau bagaimanapun, sebelum menjadi seorang chef ternama, tahukah anda Gordon Ramsey dahulunya adalah seorang pemain bola sepak hebat?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berasal dari keluarga bermasalah

Gordon Ramsey dilalahirkan di Scotland pada tahun 1966 di Stratford, bandar yang sama lahirnya William Shakespeare. Beliau lahir dalam keluarga yang miskin dan sentiasa berada dalam ketakutan kerana sifat panas baran bapanya yang mempunyai ketagihan terhadap minuman alkohol. Selain kaki botol, bapanya juga seorang kaki perempuan dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. 

Menariknya, nama bapanya juga adalah Gordon. Beliau mengatakan akibat daripada persamaan namanya dan bapanya, sehingga ke hari ini beliau masih lagi menerima surat daripada ejen penghutip hutang walaupun bapanya telah lama meninggal dunia iaitu pada tahun 1977.

Minat terhadap bola sepak

gordon ramsey pemain bola sepak

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, beliau mempunyai minat yang dalam terhadap bola sepak. Malah, beliau boleh dikatakan seorang yang pandai bermain bola sepak apabila ketika berumur 12 tahun, beliau terpilih untuk mewakili pasukan 14 tahun kawasannya.

Walau bagaimanapun, cara permainannya yang terlalu kasar menyebabkan beliau mudah mendapat kecederaan. Kecederaan demi kecederaan yang dialami menyebabkan beliau kurang berpeluang untuk bermain dan kariernya semakin merudum. Pada tahun 1984, beliau telah diterima masuk menyertai program bakat muda kelab Rangers FC, iaitu kelab yang diminatinya sejak daripada kecil.

Di kelab tersebut, beliau tidak bernasib baik untuk diserapkan ke dalam pasukan utama. Beliau cuma berpeluang bermain sekali dalam perlawanan persahabatan. Kecederaan lutut yang serius tidak lama kemudian melenyapkan terus cita-cita beliau untuk terus maju dalam bola sepak.

Atas nasihat doktor, beliau tidak lagi bermain perlawanan bola sepak kompetetif sebaliknya hanya bermain untuk perlawanan-perlawanan persahabatan dan perlawan-perlawanan amal. Beliau kemudiannya mengalih arah ke arah hobinya yang satu lagi iaitu memasak.

Memulakan kerjaya sebagai tukang masak 

chef terkenal dunia

Kerana kemiskinan keluarganya, makanan hariannya banyak diperolehi daripada makanan dalam tin dan makanan sejuk beku. Apabila semakin meningkat dewasa, beliau semakin membenci makanan yang sudah diproses dan lebih suka memasak. Beliau mendapat kerja pertamanya sebagai tukang masalah di sebuah kelab malam. Di kelab malam yang sama, bapanya pernah bekerja sebagai penyanyi suatu ketika dahulu.

Pada tahun 1985, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke North Oxfordshire Technical College dalam bidang pengurusan hotel. Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja di beberapa hotel ternama dan pernah dibuang kerja kerana meniduri isteri bosnya.

Beliau kemudiannya berpindah ke London dimana beliau berpeluang untuk bekerja di beberapa buah restoran. Hidupnya berubah apabila pada tahun 1988 sewaktu membaca sebuah majalah, beliau terlihat gambar Marco Pierre White, seorang chef yang terkenal pada waktu itu. Beliau bercita-cita untuk belajar memasak dengan lebih mendalam daripada Marco dan berjumpa dengannya.

Gordon Ramsey berjaya meyakinkan Chef Marco untuk menerimanya bekerja di restorannya, Harveys. Dalam masa 2 tahun, Gordon Ramsey berjaya dinaikkan pangkatnya daripada seorang tukang potong sayur sehingga menjadi seorang tukang masak yang kompeten di restoran tersebut.

chef marco pierre white

Daripada Chef Marco, beliau belajar segalanya daripada memasak sehinggalah menguruskan bisnes. Daripada Chef Marco jugalah, beliau belajar untuk menjadi garang dan tegas dengan pekerjanya. Dalam satu wawancara, Chef Marco pernah menceritakan beliau pernah melihat Gordon Ramsey duduk menangis di bucu dapur satu ketika dahulu akibat dimarahinya kerana melakukan kesilapan. Gordon Ramsey pernah menyatakan bahawa tanpa mentornya itu, beliau mungkin tidak berada di tempatnya sekarang.

Setelah meninggalkan kerjayanya di Harveys, beliau bekerja di beberapa buah lagi restoran di London sebelum berpindah ke Perancis untuk belajar dengan seorang chef ternama, Guy Savoy. Pada 1993, beliau pulang ke London dan mentornya, Chef Marco telah menawarkan kepadanya untuk menguruskan sebuah restoran yang diberi nama Aubergine dan tawaran pegangan saham sebanyak 25%. Restoran tersebut berjaya mendapat penarafan bintang Michelin hanya 14 bulan Gordon Ramsey bekerja disitu.

Pengaran daripada kisah hidup Gordon Ramsey

Kisah hidup Gordon Ramsey merupakan perjalanan hidup seorang lelaki yang datang daripada keluar miskin sehingga berjaya menjadi seorang chef terkenal dunia. Beliau kini turut memiliki beberapa restoran terkenal dan kekayaannya dikatakan melebihi RM 500 juta.

Kisahnya ini mengajar kita betapa pentingnya peranan seorang mentor untuk berjaya. Gordon Ramsey mendapat inspirasi untuk berjaya seperti mentornya, Chef Marco. Oleh itu, beliau pergi mencari mentornya dan telah bersetuju untuk bekerja dan bermula daripada bawah. Daripada seorang tukang potong sayur, beliau akhirnya berjaya menjadi rakan kongsi dan pemilik restoran.




Hakcipta iluminasi.com (2017)