Jepun, antara negara termaju di dunia, kini sedang berada dalam cengkaman wabak campak yang paling teruk pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun, dengan banyak kes yang dikesan berpunca daripada golongan yang tidak mempercayai ubat-ubatan. 

Menurut angka-angka yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun pada 19 Februari, sehingga 10 Februari 2019, seramai 167 orang telah dijangkiti campak di seluruh 20 wilayah di negara itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Daripada kes yang dilaporkan, 49 daripadanya berada di wilayah Mie di barat Jepun, diikuti oleh Osaka dengan 47 kes.

wabak campak di jepun

Campak disebarkan melalui titisan daripada hidung atau mulut orang yang dijangkiti.

Kebanyakan jangkitan campak berlangsung sekitar 10 hari dan walaupun banyak pesakit pulih dari komplikasi ini, namun campak boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, terutama pada anak-anak kecil.

Jangkitan boleh menyebabkan pembengkakan otak, meningitis, radang paru-paru dan jangkitan hati.

Wabak dikesan berpunca daripada golongan anti-vaksin

jepun dilanda wabak campak dengan begitu cepat

Media Jepun melaporkan bahawa sejumlah besar kes di Mie dikesan berasal daripada sebuah organisasi keagamaan yang dikenali sebagai Kyusei Shinkyo, setelah beberapa orang didapati dijangkiti campak setelah menghadiri bengkel yang diadakan oleh kumpulan di kota Tsu lewat tahun lepas.

Menurut laman webnya, kumpulan itu, yang ditubuhkan pada tahun 1970, percaya bahawa "ubat boleh menyebabkan penyakit" dan percaya dalam merawat penyakit melalui apa yang disebut mereka sebagai "Cahaya Ilahi."

Manakala di bahagian lain di Jepun, beberapa orang yang mengidap campak disyaki telah dijangkiti virus tersebut ketika berada di luar negera, termasuk seorang lelaki di Chiba yang dijangkiti setelah pulang dari Maldives.

wabak campak

Pada akhir Januari 2019, Kyusei Shinkyo mengeluarkan kenyataan di laman sesawangnya meminta maaf atas peranan mereka dalam penyebaran wabak campak dan mengatakan bahawa mereka akan berdoa untuk semua yang terjejas untuk pulih secepat mungkin.

Mereka juga bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk mencegah penyebaran virus itu dengan lebih meluas.

Kumpulan itu mengatakan bahawa sesetengah anggotanya tidak divaksin, membuatkan mereka dijangkiti lalu menyebabkan "gangguan" kepada orang awam.

anti vaksin jepun

Kyusei Shinkyo juga berkata bahawa ia akan menggantung sementara mesyuarat dan juga akan berhenti menyiarkan testimoni "keajaiban" di laman sesawangnya.

Sebagai contoh, salah satu testimoni yang bertarikh tahun 2008, memperincikan pengalaman seorang pengikut wanita yang mengatakan bahawa mengabaikan ubat moden dan mendapatkan rawatan "semulajadi" itu telah menyembuhkan penyakit sendi yang dihidapinya.

golongan anti vaksin punca wabak campak di jepun

Pada penghujung tahun 2018, Jepun melihat wabak besar rubella, dengan banyak kes yang direkodkan melibatkan lelaki berusia 30-an hingga 50-an.

Mereka adalah kumpulan yang mempunyai kadar imunisasi yang lebih rendah di Jepun kerana hanya kanak-kanak perempuan sahaja yang mendapat suntikan vaksin di antara 1976 dan 1989 kerana kesannya terhadap penyakit janin.

Terdapat satu lagi "jurang vaksinasi" dalam kalangan lelaki Jepun pada tahun 1993 hingga 2006.

Eropah, Amerika Syarikat dan bahagian lain di dunia telah melihat peningkatan jumlah kes campak pada tahun lalu atau lebih. Eropah khususnya menyaksikan sejumlah rekod kes pada tahun 2018.

wabak campak 2

Di Filipina, lebih daripada 130 orang, kebanyakannya kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat campak sejak Januari, dan lebih daripada 8,000 telah jatuh sakit.

Pakar-pakar kesihatan telah menuding jari kepada sebahagian populasi ibu bapa yang secara aktif memilih untuk tidak memberi vaksinasi kepada anak-anak mereka sebagai penyebab angka pesakit campak yang tinggi ini.

"Setiap orang yang tidak imun akan kekal terdedah kepada penyakit tak kira di mana mereka tinggal, dan setiap negara mesti terus berusaha untuk meningkatkan liputan dan mengurangkan jurang imuniti, walaupun setelah mencapai status "terganggu" atau "dihapuskan"," kata Nedret Emiroglu, pegawai Organisasi Kesihatan Sedunia pada Ogos 2018.

Rujukan:

1. QZ

2. Asahi

3. Zodab




Hakcipta iluminasi.com (2017)