Kredit foto: Instagram.com/sitisarahraissuddin

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah binti Raisuddin adalah salah seorang penyanyi popular di Malaysia.

Dilahirkan pada 15 September 1984, Siti Sarah (33 tahun) memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian setelah berjaya tersenarai sebagai peserta akhir Bintang RTM 2001. 

Pada tahun 2016, Siti Sarah kembali menjadi bualan peminat kerana memasuki pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza 3. Bagaimanapun, Siti Sarah tewas dengan Azharina Azhar di peringkat akhir.

Mungkin ramai tak tahu yang Siti Sarah turut pernah bergelar pelakon menerusi filem Man Sewel Datang KL pada tahun 2012.

Siti Sarah mendirikan rumah tangga bersama pelawak Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Ariq Matin, Dzakira Talita Zahra dan Uwais Al Qarni. 

Mungkin anda belum pernah betul-betul melihat wajah comel ketiga-tiga anak pasangan ini. Jom kita lihat beberapa foto terkini mereka.

Sumber berita: Wikipedia Siti Sarah Raisuddin

Kredit foto: Instagram.com/sitisarahraissuddin & Instagram.com/shuibsepahtu




Hakcipta iluminasi.com (2017)