Memang ramai model Muslimah berhijab di seluruh dunia tetapi seorang gadis bernama Halima Aden dilaporkan merupakan supermodel dunia pertama yang memakai hijab di bawah agensi model berprestij iaitu IMG.

Beliau juga merupakan wanita pertama yang memasuki pertandingan ratu cantik Miss Minnesota Amerika Syarikat dan memperagakan burkini dan hijab di atas pentas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

halima aden supermodel muslimah pertama dunia

Remaja berdarah Somalia-Amerika ini juga pernah berjalan di atas pentas peragaan mewakili jenama terkemuka Max Mara, Alberta Ferretti dan juga menjadi model bagi pertunjukan fesyen Yeezy selebriti popular Kanye West.

halima aden supermodel muslimah pertama dunia 3

Menyentuh mengenai hijab, Halima berkata ia merupakan suatu pilihan. Namun, Halima sendiri memilih untuk mengenakan tudung dan meminta ibunya membelikannya beberapa helai tudung. Halima ingin menjadi seperti ibunya dan juga mahu menyanjungi agama Islam.

halima aden supermodel muslimah pertama dunia 6

Halima dilahirkan di sebuah kem pelarian di Kenya namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 7 tahun dan menetap di Minnesota.

Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Allure edisi Julai baru-baru ini. Menurut Michelle Lee, ketua sidang pengarang majalah itu, Halima sangat sesuai menjadi wajah yang mewakili remaja Amerika. Selain Allure, kisah Halima juga pernah direncanakan dalam majalah Glamour dan Vogue.

halima aden supermodel muslimah pertama dunia 2

Halima Aden kini telah menjadi model pilihan bagi jenama-jenama yang menghasilkan tudung di negara itu setelah dunia fesyen mengiktiraf potensi pasaran hijab. 

Walaupun dibesarkan di Amerika Syarikat, Halima tidak pernah melupakan asal-usulnya. Selain mengenakan tudung, beliau masih suka memakai baati iaitu pakaian tradisional labuh dari Somalia selain menggemari makanan Somali seperti canjeero.

halima aden supermodel muslimah pertama dunia 7

Halima masih muda namun mempunyai harapan dan cita-cita yang amat besar. Selain mahu melihat negara kesayangannya dibangunkan semula, beliau mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka tidak perlu menjadi terlalu stereotaip terhadap orang Islam.

halima aden supermodel muslimah pertama dunia 5

Selain itu, Halima juga berpesan kepada gadis-gadis Muslimah yang lain bahawa setiap orang perlu mempunyai jati diri yang kuat. Jika anda ingin melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang Islam lain, pastikan anda melakukannya dengan niat dan cara yang betul.

Rujukan : VogueGlamour




Hakcipta iluminasi.com (2017)