Walaupun bergelut dengan masalah hidup, sesetengah pelarian yang berjaya melarikan diri daripada negara mereka yang dilanda peperangan, bencana alam ataupun penganiayaan masih mampu memberikan sumbangan yang memberangsangkan kepada masyarakat.

Mungkin disebabkan penderitaan hidup mereka sebelum ini membuatkan mereka lebih kuat untuk meneruskan hidup serta menjadi inspirasi bagi orang lain. iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca 6 individu terkenal yang pernah menjadi pelarian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Freddie Mercury

freddie mercury individu popular yang pernah menjadi pelarian

Walaupun Freddi Mercuri terkenal di seluruh dunia sebagai penyanyi kumpulan Queen yang berada di carta teratas British, namun beliau dibesarkan di sebuah pulau yang terpencil di pulau Zanzibar, Afrika selepas bapanya ditawarkan pekerjaan sebagai seorang juruwang di Pejabat Kolonial British.

Walaubagaimanapun, apabila revolusi melanda kepulauan Tanzania pada tahun 1946, Freddie dan ibu bapanya telah melarikan diri ke Britain.

2. Rita Ora

rita ora individu popular yang pernah menjadi pelarian

Rita Ora, penyani sensasi British juga merupakan seorang pelarian pada satu ketika dahulu. Beliau dan keluarganya melarikan diri daripada Yugoslavia (kini Kosovo) yang dilanda perang pada tahun 1991. 

Ketika itu, Rita baru berusia 1 tahun dan berpindah akibat penganiayaan etnik Albania selepas perpecahan Yugoslavia. Keluarganya berjaya menetap di London dan kekal di kota ini. Dengan kepelbagaian budaya dan peluang, bandar ini memainkan peranan yang penting dalam kejayaan Rita dalam industri hiburan.

3. Gene Simmons

gene simmons individu popular yang pernah menjadi pelarian

Rockers dengan lidah yang sangat panjang dan vokalis utama kumpulan Kiss sebenarnya dilahirkan di Israel. Ibunya, Flora Klein adalah seorang imigran dari Hungary yang terselamat dari Holocaust dan menetap di sana selepas perang.

Walaubagaimanapun, keluarganya berhijrah ke New York City di mana Gene menemui cintanya dalam bidang muzik.

4. Mila Kunis

mila kunis individu popular yang pernah menjadi pelarian

Pelakon terkenal Mila Kunis adalah seorang warganegara Amerika Syarikat. Namun, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan negara ini sehinggalah ibu bapanya berpindah ke sana dari Ukraine semasa meletusnya Perang Dingin ketika beliau berusia 7 tahun.

Menetap di Los Angeles, sebuah bandar yang mencipta cita-cita Mila untuk menjadi seorang selebriti, membuat kemunculan pertamanya pada usia yang muda dalam rancangan Freaks and Geeks, di mana beliau bertemu dengan bakal suaminya, Ashton Kutcher.

5. Wyclef Jean

wyclef jean individu popular yang pernah menjadi pelarian

Melarikan diri dari salah satu lokasi paling miskin di atas muka bumi ini adalah sangat sukar, tetapi ibu bapa Wyclef Jean berjaya melarikan diri dari rejim yang menindas di Haiti yang diketuai oleh Jean-Claude Duvalier pada tahun 1982.

Keluarganya berhijrah ke New York City ketika Wyclef berusia 9 tahun. Di sinilah beliau mula berjinak-jinak menghasilkan muzik sehingga menjadi pelakon, pemuzik dan rapper yang berjaya menggondol 3 Anugerah Grammy.

Pada tahun 2010, Wyclef mengajukan pencalonan pemilihan Presiden Haiti, namun Suruhanjaya Pilihan Raya Haiti memberikan keputusan bahawa beliau tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat perlembagaan bermastautin di Haiti selama 5 tahun.

6. Albert Einstein

albert einstein individu popular yang pernah menjadi pelarian

Salah seorang ahli fikir terhebad pada abad ke-20 bukan sahaja dibelenggu hidupnya dengan masalah disleksia (kesukaran pembelajaran). Beliau juga mempunyai zaman kanak-kanak yang huru-hara yang mana sebahagiannya disebabkan oleh hakikat beliau dan keluarganya terpaksa menyelamatkan diri daripada Jerman yang dikuasai oleh Nazi untuk meneruskan hidup.

Nasib baik untuk Einstein dan keluarganya, mereka diberikan bantuan suaka di Amerika Syarikat, membawa kepada manusia genius ini mengumumkan kesyukurannya dengan berkata "Saya akan tinggal di sebuah negara di mana kebebasan politik, toleransi, dan kesaksamaan semua rakyat adalah sama rata,".

Rujukan:

1. Tribune

2. Independent

3. Bustle




Hakcipta iluminasi.com (2017)