Oleh pada 30 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @modenas.malaysia & Instagram @dominosmy

‘Gadis Kebaya Merah’ yang menjadi tular dalam sebuah video seram, kini semakin mencuri tumpuan apabila muncul sebagai 'model' dalam beberapa iklan jenama popular.

Pengiklan terkemuka menggunakan kreativiti mempamerkan gadis ini yang pada masa sama mempromosikan produk mereka.

Antara iklan terawal termasuk daripada Modenas dengan tagline berbunyi ‘Si Kebaya Merah Pun Tertarik Dengan Jentera Modenas’ yang memaparkan gadis misteri itu membonceng motosikal seorang penunggang berlatarkan suasana malam.

gadis kebaya merah kini jadi model iklan 2

Kredit foto: Instagram @modenas.malaysia

Dalam pada itu, Domino’s Pizza yang dikenali dengan kepantasan menggunakan bahan tular sebagai modal promosi, mempunyai versi tersendiri dalam mengaitkan kisah gadis ini dengan piza keluaran mereka.

Iklan dengan tagline berbunyi, "Bila dah pukul 3 pagi tapi belum jumpa 'buddy' untuk kongsi piza" memaparkan gadis berkebaya merah itu berada di tepi jalan sunyi, seolah menanti mana-mana pengguna jalan raya untuk singgah.

gadis kebaya merah kini jadi model iklan 3

Kredit foto: Instagram @dominosmy

‘Gadis Kebaya Merah’ mula menjadi sensasi selepas tularnya sebuah video menarik perhatian umum termasuk negara jiran, Indonesia.

Tidak dapat dipastikan kesahihannya, ada segelintir individu mendakwa mereka adalah dalang yang mencipta rakaman tersebut, dengan tujuan suka-suka untuk menakutkan orang ramai.

gadis kebaya merah kini jadi model iklan 4

Kredit foto: Astro Gempak

Individu bernama Nurul Hisham Abdul Manaf dikatakan orang yang bertanggungjawab melakukan rakaman terbabit dan difahamkan, beliau dikunjungi panggilan netizen untuk mengetahui sejauh mana kebenaran peristiwa itu.

Nazrul yang nombor telefonnya telah tersebar menerusi paparan skrin perbualan kumpulan Whatsapp, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut Nazrul, kenyataan yang dikeluarkan dalam perbualan Whatsapp itu hanyalah gurauan semata-mata bertujuan menyindir orang ramai yang mudah percaya dengan sesuatu yang tular di laman sosial.

gadis kebaya merah kini jadi model iklan 5

Kredit foto: Astro Gempak

Dakwanya, nombor telefonnya yang terdedah mengakibatkan beliau didatangi 50 panggilan dan hampir 100 mesej dalam tempoh dua hari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)