Kredit foto: thehive.asia

Pelakon Puteri Sarah Liyana dikhabarkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki bernama Syaikhul Islam.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagram miliknya beberapa jam yang lalu.

foto syamsul yusuf dan puteri sarah timang bayi lelaki

Ruangan komen foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat Syamsul dan Puteri Sarah yang turut berkongsi kegembiraan dengan kelahiran anaknya itu.

Untuk info, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis serba ringkas di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 8 Mac 2014.

Sumber: ramenpedas.com & Instagram @syamsulyusoffilm




Hakcipta iluminasi.com (2017)