Oleh pada 20 Jun 2022 kategori

Kredit: Instagram @ctdk 

 

Menjadi mangsa penyalahgunaan foto untuk tujuan promosi perniagaan, penyanyi dan usahawan, Datuk Siti Nurhaliza memberi amaran buat peniaga di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya melanggar etika keusahawanan untuk meraih untung tinggi.

 

"Apabila saya berdiam diri, semakin rancak perniagaan sebegini disebarkan dimana saya atau suami, Datuk K sebenarnya tidak terlibat. Gambar kami dipaparkan dalam iklan produk yang dijual serta dijadikan sebagai 'testimoni' mereka," tulisnya.

 

Demi mencari keberkatan dalam aktiviti perniagaan, beliau juga menasihatkan supaya para usahawan di luar sana tidak menggunakan tipu helah untuk melariskan produk.

  

 

"Saya sudah banyak kali melalui perkara ini. Pesan saya, berniagalah menggunakan cara yang betul. Jangan ambil kesempatan terhadap individu lain.

 

"Jika ada terbeli mahupun terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa kami sama sekali tiada kena-mengena dengan produk tersebut.

 

"Produk keluaran saya adalah SimplySiti, BeauSiti, Afiya serta terdapat produk syampu hasil kolaborasi dengan Sugardoll By NN," tegasnya.

  

 

Tambahnya, beliau berharap supaya mereka di luar sana mengambil sikap berwaspada bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan iklan palsu.

 

"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini," nasihatnya.

 

Komen Pilihan

iklan palsu pelebat rambut dato k

 

"Tiada cara lain untuk menghentikan individu atau perniagaan sebegini selain mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini telah berlarutan selama bertahun-tahun.

 

"Terdapat iklan tajaan dibuat yang akan sampai ke puluhan atau ratusan ribu orang," dedah seorang netizen.

 

Sumber:

1. Forum CARI

2. Instagram Datuk Siti Nurhaliza 




Hakcipta iluminasi.com (2017)