Oleh pada 11 Jul 2019 kategori

fizo omar akui masih sayang tapi mawar 1

Kredit foto: Instagram @fizoomar & Instagram @mawar_karim

      

Pelakon Fizo Omar tidak mampu menafikan perasaan sayang yang masih berbaki di dalam hatinya untuk Mawar Karim namun hanya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir.

Fizo, 34, dalam masa sama, meluahkan penghargaan atas kesempurnaan tanggungjawab dipikul ibu kepada seorang cahaya mata itu.

"Saya tak menafikan sekiranya jodoh kami panjang dengan izin Allah, saya serahkan pada takdir.

"Saya masih sayang dan kasih pada Mawar sebagai ibu kepada anak saya. Terima kasih banyak-banyak kerana menjadi ibu terbaik kepada Maryam. Saya banyak terhutang budi pada Mawar," katanya kepada portal Astro Gempak.

Semalam, Fizo menceraikan wanita yang juga ahli perniagaan itu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan anak tunggal perempuan, Wan Maryam, 2 tahun. 

   

TAPI MAWAR 'NO COMMENT'..

   

Dalam pada itu, Mawar, 30, saat diajukan pertanyaan sama, berkata, dia perlu menjaga hati banyak pihak dalam memberi sebarang komen membabitkan isu rumah tangga mereka.

     

fizo omar akui masih sayang tapi mawar 2

Kredit foto: Instagram @fizoomar

     

"No comment! Saya tak boleh komen banyak-banyak sebab perlu menjaga hati banyak pihak.

"Saya takut apa yang saya cakap nanti disalahertikan orang luar.

"Perkara ini masih baru dan saya akan melakukan yang terbaik dan menjadi kawan terbaik kepada Fizo," katanya.

    

Sumber berita: Astro Gempak


tags :, , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)