Oleh pada 15 Aug 2017 kategori

Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar menyedari perubahan isterinya, Mawar dari segi citarasa makanan setelah kandungannya menginjak ke usia 4 bulan lebih.

Fizo (32 tahun) menjelaskan perubahan fizikal juga mula dialami Mawar selain suka mendengar lagu berbahasa Arab.

Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.


Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti .

Pemilik nama sebenar Wan Hafizul Wan Omar itu juga memberitahu selera makan Mawar semakin bertambah.

Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.


Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan.

Walaubagaimanapun, pengusaha restoran Fizo Mawar Kitchen itu juga berkata yang isterinya itu masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan pagi atau muntah-muntah. Selain itu, jantina bayi tersebut juga masih tidak dapat dikenalpasti. 

Baby malu-malu lagi kot. InsyaAllah kami akan buat pemeriksaan lagi sekali apabila kandungan memasuki usia lima bulan. Harap dah boleh nampak .

Untuk makluman, pasangan ini baru sahaja pulang dari percutian serta penggambaran selama seminggu di beberapa tempat seperti Tangalooma Island, Brisbane dan Gold Coast, Queensland bagi program berjudul 'Into Jannah' yang bakal disiarkan di Astro Oasis.

fizo omar cerita perubahan pelik mawar 1

Kredit foto: Instagram.com/fizoomar

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)