Oleh pada 02 Oct 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/fizoomar

Baru-baru ini, pasangan Fizo Omar dan Mawar mendedahkan jantina bayi sulung mereka iaitu perempuan.

Menerusi video di laman sosial mereka baru-baru ini, pasangan itu memberitahu khabar gembira itu setelah melakukan pemeriksaan di hospital.

Kita dah buat pemeriksaan dan secara rasminya doktor beritahu 99.99 peratus bayi perempuan.

Sementara itu, Fizo atau nama penuhnya, Wan Hafizul Wan Omar (32 tahun) berkata berat bayi dalam kandungan isterinya itu juga sudah mencecah 600 gram dan tidak mempunyai apa-apa masalah.

Alhamdulillah kandungan sudah masuk 24 minggu. Berat badan bayi pun sudah mencecah 600 gram dan cukup sifat.

Menerusi rakaman video itu juga, Fizo dan Mawar meluahkan rasa teruja serta tidak sabar untuk menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka itu.

Pada Mei lalu, pemilik nama sebenar Mawar Abdul Karim (28 tahun) akhirnya mengandung selepas empat tahun berkahwin dan berita itu disahkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Menurut Dr. Hamid, Mawar hamil setelah beberapa pembedahan dijalankan terhadapnya berikutan masalah peranakkan yang dialami membuatkan dia sukar untuk mendapatkan anak.

🕺🏼❤️🌹= 👼🏻💃🏻👨‍👩‍👧

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)