Oleh pada 24 Jun 2019 kategori

spekulasi perkahwinan dengan fizo omar bergolak ini pula respon mawar 1

Kredit foto: Instagram @mawar_karim

      

Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim enggan memberi komen lanjut membabitkan status rumah tangganya yang dicanang bergolak.

Perkahwinan pasangan itu mula menjadi bualan hangat apabila mereka didapati tidak lagi meraikan Aidilfitri bersama seperti lazimnya pada tahun-tahun lalu.

Mawar yang berusia 30 tahun ketika cuba diwawancara portal Harian Metro, memilih untuk tidak bercerita lanjut kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

       

spekulasi perkahwinan dengan fizo omar bergolak ini pula respon mawar 2

Kredit foto: Instagram @mawar_karim

        

“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” responnya.

Terdahulu, Fizo turut menyatakan keengganan dalam memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan isterinya sedang mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

Menurutnya, sebuah sidang media bakal diadakan kelak untuk penerangan lanjut apabila dia bersedia nanti.

Pelakon Bukan Cinta Aku itu juga enggan mengulas ketika disoal sama ada dia dan Mawar masih tinggal sebumbung.

Berdasarkan kemas kini di Instagram Mawar, didapati foto terakhir mereka bergambar dimuat naik pada April lalu.

Wanita itu juga masih mengikuti suaminya di laman terbabit.

Perkongsian menerusi Instagram Story di akaun Fizo pula memperlihatkan aktor itu sibuk menjaga dan memberi susu kepada anak perempuannya.

Mereka berkahwin pada November 2013 dan sehingga kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang sudah menjengah usia dua tahun.

       

Sumber berita: Harian Metro



Hakcipta iluminasi.com (2017)