Kredit foto: Instagram Fizo Omar

Aktor Fizo Omar, 32, selamat bergelar bapa selepas isterinya, Mawar Abdul Karim, 28, melahirkan bayi perempuan jam 4.01 petang, semalam (Jumaat).

Bayi seberat 2.78 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur.

Menerusi Instagram, Fizo meluahkan rasa syukur atas kurniaan anak sulung mereka itu. 

"Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi," tulisnya. 

Di kesempatan yang sama, Fizo merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami," ujarnya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013.

Pada 6 Januari tahun lalu, mereka mendapatkan rawatan kesuburan kerana masih tidak dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun usia perkahwinan.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)