Oleh pada 06 Nov 2018 kategori

Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan telahpun menemui penonton di pawagam sejak 1 November lalu.

filem operasi x sinopsis trailer dan review 2

Filem terbitan Dream Pictures Production ini diterajui bintang-bintang ternama, antaranya Datuk Aaron Aziz, Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima dan Zaidi Omar.

Operasi X mengisahkan ASP Redzuan yang tidak lagi mempercayai pasukannya apabila mendapati rakan baik beliau, Inspektor Aman dibunuh di hadapan matanya sendiri.

Redzuan kemudiannya memencilkan diri di sebuah pulau di mana dia merahsiakan identiti daripada pengetahuan umum.

filem operasi x sinopsis trailer dan review 3

Bagaimanapun persembunyiannya dikesan Datuk Mokhtar dan DSP Anwar, sebelum mengarahkan beliau untuk mengetuai Operasi X bagi menumpaskan Geng Belut.

Meskipun banyak menampilkan adegan aksi, namun ternyata naskhah ini bukanlah sebuah filem yang hanya bersandarkan genre itu semata-mata.

filem operasi x sinopsis trailer dan review 4

Karya daripada hasil penulisan skrip Atiqah Jani ini sarat pelbagai elemen mesra penonton umpamanya soal cinta, kekeluargaan, persahabatan dan paling utamanya berkisar perjuangan yang harus diselesaikan.

Untuk rekod, Sandosh selaku sutradara tidak asing lagi dalam dunia sinema tempatan kerana terlebih dahulu pernah mengarahkan filem Aandal (2005), Gong (2006), Aanushtana (2013), Biasan (2015) serta bakal muncul dengan Felina (2019).

Antara pencapaiannya termasuk pernah merangkul trofi Pengarah Terbaik, Layar Skrin Terbaik dan Projek Terbaik untuk filem pendek FELINA di Film and Video Festival Academy Film Malaysia yang berlangsung pada tahun 1995.

Pada tahun 2000 hingga 2001, beliau berkhidmat sebagai pengarah dalaman untuk Astro sebelum akhirnya membuka syarikat produksi Janu Talkies Sdn. Bhd.

Melalui penubuhan syarikat berkenaan, Sandosh aktif menghasilkan pelbagai iklan TV, muzik video, dokumentari dan video korporat.

filem operasi x sinopsis trailer dan review 5

Kini Sandosh tampil dengan Operasi X yang mencuri perhatian sejak memasuki panggung awal bulan ini.

Kepada anda yang masih belum menonton, jom dapatkan tiket sekarang dan sama-sama kita menyokong naskhah garapan anak tempatan.

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. BH Online

4. Instagram Operasi X




Hakcipta iluminasi.com (2017)