Aktres Fazura memanjatkan kesyukuran kerana mendapat peluang berkolaborasi dengan seorang penyanyi antarabangsa dalam lagu duet terbarunya.

Bagaimanapun, buat masa ini pelakon Hero Seorang Cinderella itu mengunci mulut daripada mendedahkan identiti penyanyi berkenaan.

Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi. Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya.
Sumber: Mstar

Difahamkan, duet tersebut bakal menjadi salah sebuah lagu dalam album sulungnya yang akan diterbitkan Oktober ini.

Untuk info, Fazura pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi tempatan dan luar negara, antaranya untuk lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika (bersama Ridho Rhoma dari Indonesia), Nothing Like Pag-ibig (Jason Dy dari Filipina), Hancur Aku (bersama Estranged) dan Cinderella (bersama Fattah Amin).

fazura teruja peluang berduet dengan penyanyi antarabangsa 2

fazura teruja peluang berduet dengan penyanyi antarabangsa 3

fazura teruja peluang berduet dengan penyanyi antarabangsa 4

fazura teruja peluang berduet dengan penyanyi antarabangsa 5

Kredit foto: Instagram Fazura




Hakcipta iluminasi.com (2017)