Pelakon Fazura dan Fattah Amin bakal berganding untuk berduet menyanyikan lagu bagi drama terbaru mereka yang berjudul 'Hero Seorang Cinderella'. 

Malah, ianya turut disahkan oleh Fazura sendiri yang berasa teruja dengan duet tersebut.

Ya, saya baru dapat pengesahan tentang lagu itu daripada pihak pengurusan pada hari ini. Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan drama tersebut iaitu Hero Seorang Cinderella.

Sepatutnya malam ini kami kena masuk studio untuk rakaman tetapi masing-masing sibuk. Insya-Allah dalam masa terdekat.

Lagu dan lirik oleh Aizat, ia merupakan lagu genre pop. Selain lagu itu, lagu baru saya berjudul Bisa Apa turut akan menjadi lagu tema dalam drama ini.

Sumber: mStar Online

Bagaimanapun, rata-rata netizen telah melahirkan rasa terkejut mereka dengan berita tersebut selain beranggapan kedua-dua pelakon itu tiada bakat dalam bidang nyanyian.

fazura dan fattah amin bakal berduet lagu hero seorang cinderella 1

fazura dan fattah amin bakal berduet lagu hero seorang cinderella 2

Kredit foto: ohbulan.com

Sumber: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)