Oleh pada 23 Jan 2018 kategori

salah ke aku tua rita rudaini naik angin 1

Aktres Rita Rudaini 'naik hantu' dengan sikap pemilik Instagram bernama @mr_shark_gtr_lover.

Ini berikutan individu itu mempersoalkan aksi Rita mengacarakan program CJ Wow Shop yang dikatakan tidak bersesuaian dengan usianya. 

"Hari ini kakak rasa terpanggil untuk membalas mesej peribadi. Banyak juga mesej tapi satu mesej ni kakak rasa nak balas. Orang macam ni kakak memang tak faham," tulisnya.

Apa yang menaikkan kemarahan Rita apabila dirinya dihentam sedangkan mereka tidak saling mengenal antara sama sama lain.

"Aku tak kenal kau dan kau tak pernah jumpa kau. Tak kenapa kau sakit hati sangat dengan aku, bang?" tanyanya.

Namun, Rita menegaskan bukan niatnya untuk berkasar tetapi hanya itu sahaja cara terbaik untuk menyedarkan individu berkenaan.

"Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan kau dan perli rezeki kau tapi aku kena cakap juga dengan orang macam kau ni. Orang macam kau ni tak sesuai cakap baik-baik. Elok dibalas sama macam perangai kau.

"Dah lama kakak bersabar dengan manusia berhati busuk di luar sana," luahnya kesal.

Mengulas lanjut, aktres yang menginjak usia 41 tahun itu melahirkan rasa pelik apabila ada yang mempertikaikan rezekinya. 

"Tapi yang ni kakak tak sukalah bila pertikai rezeki yang kakak cari untuk anak-anak. Keji ke jadi pengacara, bang? Hina sangat ke pengacara? Salah ke aku tua? Mak bapa kau tak tua? Kau takkan tua? Kau susah hati sangat pada kerja aku, kenapa?

"Maaflah, kakak benci dan meluat dengan manusia sebegini. Sekarang ni ramai sangat manusia berhati busuk. Kau makan apa ya sampai hati jadi hitam sangat hingga berdengki dengan hidup orang yang kau tak pernah kenal pun? Kau 'mentedarah' apa ya sampai jadi macam tu?

"Mak bapa kau mesti suap benda-benda yang baik-baik saja dalam mulut kau masa kecil dulu tapi bila besar entah apa kau 'mentedarah' sampai jadi 'bangang' macam ni. Istighfar banyak-banyak kakak," tulisnya cuba menenangkan diri.

Di akhirnya, Rita memberitahu sekali lagi dia tidak bermaksud menjatuhkan air muka individu berkenaan tetapi hanya sekadar ingin memberi pengajaran kepada semua orang.

"@mr_shark_gtr_lover, sila minum racun rumput dan clorox untuk bersihkan hati yang hitam tu. Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku. Tak rugi jadi baik, bang. Tak susah pun jadi baik, bang.

"Aku tag kau sebab aku nak beri pengajaran pada orang lain juga. Jangan busuk hati pada manusia lain. Rezeki ALLAH dah beri elok pada masing-masing," akhirinya.

salah ke aku tua rita rudaini naik angin 2

salah ke aku tua rita rudaini naik angin 3 504

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini
Sumber berita: Sinar Harian 

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)