Oleh pada 09 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Aktres Elfira Loy naik angin apabila salah seorang pengikutnya bertindak biadap menghinanya di laman Instagram.

Pengikut tersebut menggelarkan Elfira sebagai wanita yang terdesak untuk memiliki kekasih gara-gara gosip cintanya dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Komen pengikut itu dibuat di foto Instagram Elfira yang memaparkan aktres itu sedang menaiki helikopter bersama Sufian dengan memakai pakaian sedondon.

Difahamkan ketika foto itu diambil, Elfira sedang meraikan sambutan hari lahir Sufian sambil menghadiahkan Sufian sebuah temujanji istimewa menaiki helikopter.

dituduh terdesak elfira loy naik angin 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

dituduh terdesak elfira loy naik angin 3 34

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Komen balas Elfira turut mendapat sokongan daripada para pengikutnya. Mereka menasihati pengikut biadap tersebut supaya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kerana boleh menyinggung hati pihak lain.

Malah tak kurang ada yang melabelkan pengikut itu sebagai sengaja mencetuskan situasi panas kerana ingin meraih perhatian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)